Utusan Borneo (Sarawak)

JTS Sarawak sukat 1.154 juta hektar NCR setakat 31 Jan: Abdullah

- — Gambar Chimon Upon

Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak telah menyukat seluas 1.154 juta hektar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) bagi Seksyen 6 dan Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (KTN) secara kumulatif setakat 31 Januari lalu.

Pengarah JTS Sarawak Datuk Abdullah Julaihi berkata, pada tahun lalu seluas 77,993 hektar tanah juga telah diukur merangkumi jarak 22,627.58 kilometer (km).

Menurutnya, jarak tanah yang diukur tersebut melibatkan pelbagai projek infrastruk­tur di negeri ini.

“Ia adalah projek-projek infrastruk­tur jalan raya, jajaran bekalan elektrik dan air, jajaran transit aliran automasi(ART) serta pewujudan tapak-tapak menara komunikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam JTS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, malam kelmarin.

Acara makan malam itu disempurna­kan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun.

Pada majlis tersebut, Abang Johari menyaksika­n majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara JTS dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

Mengenai MoU tersebut, ia bertujuan sebagai perkongsia­n maklumat atau data imej satelit dengan resolusi 1.5 meter bagi menghasilk­an peta litupan tanah terkini serta informasi lain.

Mengenai skim pembesaran kampung (SPK) dan skim pembesaran semula (SPS), Abdullah mendedahka­n sebanyak 17 SPS dan SPK telah diluluskan pada tahun lalu.

“Ia dianggarka­n dengan 2,328 lot kediaman yang dilaksanak­an menerusi Projek Rakyat dengan dana berjumlah RM435 juta.

“Bagi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), sebanyak 61 SPK dan SPS dianggarka­n merangkumi 7,100 lot kediaman diluluskan untuk pelaksanaa­n yang membabitka­n jumlah RM954 juta,” katanya lagi.

 ?? ?? Abdullah ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jabatan Tanah dan Survei di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, malam kelmarin.
Abdullah ketika berucap pada Majlis Makan Malam Jabatan Tanah dan Survei di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia