Utusan Borneo (Sarawak)

1,000 penduduk Kg Bahagia Jaya Fasa 1 bakal dapat manfaat daripada program Kebun Komuniti

-

Kira-kira 1,000 penduduk Kampung Bahagia Jaya Fasa 1 dijangka mendapat manfaat daripada pelaksanaa­n program Kebun Komuniti yang akan diusahakan di sini.

Program tersebut yang mengadapta­si sistem pertanian moden merupakan hasil kerjasama antara UNIMAS dan Komuniti Kampung Bahagia Jaya melalui program tanggungja­wab sosial universiti USR.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling berkata, program tersebut bukan sahaja disasarkan kepada golongan tua, malah ia juga menarik minat golongan belia.

“Ini kerana inovasi pertanian moden memudahkan semua orang untuk melakukann­ya bersama-sama, sekali gus mewujudkan kebun komuniti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program USR Kampung Bahagia Jaya Fasa 1 di sini, semalam.

Program Kebun Komuniti berkenaan menyasarka­n penglibata­n lebih 3,000 peserta bagi pelaksanaa­n keseluruha­n tiga fasa secara

berperingk­at di Kampung Bahagia Jaya.

Menurut Oscar, program tersebut adalah selaras dengan aspirasi kerajaan negeri untuk mengurangk­an kesan isu keselamata­n makanan dan menjadi bakul

makanan negara menjelang tahun 2030.

Beliau turut memuji usaha pihak komuniti berkenaan dalam mempelbaga­ikan fungsi ruang bekas surau (Dewan Komuniti Fasa 1 N.54 Pelawan) yang

dijadikan sebagai pusat komuniti untuk pertemuan formal dan tidak formal.

“Saya percaya dengan hasil program kita hari ini, dewan komuniti ini boleh memuat lebih ramai orang untuk lebih banyak aktiviti pada masa hadapan, selain dijadikan tempat tuisyen pelajar sekolah dan tempat pengajian Islam,” ujarnya.

Sementara itu, Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suadi berkata program USR tersebut merupakan satu penghormat­an dan peluang kepada kakitangan dan pelajarnya untuk menabur bakti kepada komuniti di Kampung Bahagia Jaya.

“Program ini adalah salah satu daripada tiga program khidmat komuniti yang diadakan di bandar ini, selain program kesihatan komuniti di Kampung Usaha Jaya dan projek menaik taraf kemudahan ICT di Sekolah Kebangsaan Deshon,” katanya.

Seramai 65 orang termasuk 35 warga UNIMAS dan 30 penduduk kampung terilbat dalam menjayakan program tersebut.

Hadir sama Pengerusi Kawasan Tetangga (KRT) Kampung Bahagia Jaya Lahan Suhaili dan Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Bahagia Jaya Fasa 1 Zaidel Arip.

 ?? ?? MEMAKMURKA­N KOMUNITI: Oscar melawat tapak projek Kebun Komunti di Dewan Komuniti Fasa 1 Kampung Bahagia Jaya semalam.
MEMAKMURKA­N KOMUNITI: Oscar melawat tapak projek Kebun Komunti di Dewan Komuniti Fasa 1 Kampung Bahagia Jaya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia