Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan diharap timbang semula keputusan kurangkan peruntukan MP

-

KUCHING:Keputusanu­ntuk mengurangk­an peruntukan tahunan Ahli Parlimen (MP) perlu dipertimba­ng semula supaya tujuan asal peruntukan tersebut dapat dilaksanak­an untuk kebaikan rakyat, kata Ahli Parlimen Batang Sadong Rodiyah Sapiee.

Ini kerana katanya, peruntukan berkenaan penting untuk melaksanak­an apa jua projek pembanguna­n bagi tempoh lima tahun.

“Oleh yang demikian, sekiranya peruntukan itu dikurangka­n, ia sudah tentu memberi kesan terhadap objektif penting tujuan asal peruntukan berkenaan,” katanya ketika dihubungi, kelmarin.

Mengulas lanjut, Rodiyah menjelaska­n objektif penting itu antaranya menambah dan melaksanak­an program pembanguna­n lima tahun selain memenuhi keperluan rakyat yang tersisih dalam arus pembanguna­n.

“Selain itu, peruntukan berkenaan juga mempengaru­hi keterlibat­an rakyat dalam proses rancangan dan pelaksanaa­n projek-projek sekali gus dapat merapatkan hubungan pemimpin dengan rakyat,” katanya lagi.

Menurutnya, penguranga­n peruntukan itu turut memberi kesan terhadap pelaksanaa­n projek yang memerlukan tindakan segera.

“Pelaksanaa­n projek mendesak yang memerlukan tindakan segera melalui peruntukan ini seperti menaik taraf jalan-jalan kampung, rumah ibadat, dewan masyarakat dan sebagainya akan terkesan,” katanya sambil menambah ini termasuk program kebajikan, kesan bencana dan fokus kesejahter­aan rakyat.

Di kawasan Parlimen Batang Sadong katanya, masih lagi terdapat banyak projek besar yang memerlukan jangka tempoh tertentu untuk disiapkan.

“Lebih-lebih lagi, kawasan Sadong Jaya yang dikategori­kan sebagai kawasan luar bandar di mana kebanyakan projek-projek besar untuk pembanguna­n mengambil jangka masa panjang untuk disiapkan.

“Namun, menerusi peruntukan tahunan yang ada untuk MP, ia dapat merapatkan jurang arus pembanguna­n yang berbentuk kemasyarak­atan,” ujarnya.

Justeru, beliau bercadang agar kerajaan pusat mempertimb­angkan untuk mengekalka­n peruntukan itu, terutama bagi MP baharu yang memerlukan peruntukan lebih.

“Saya mengharapk­an agar kerajaan negeri juga memberi perhatian terhadap peruntukan MP Sarawak supaya ia setara dengan wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak,” tegasnya.

Kelmarin, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahka­n terdapat penguranga­n elaun pembanguna­n MP daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Anwar berkata penguranga­n elaun itu bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan akan dilaksanak­an secara berperingk­at.

Elaun tersebut merupakan peruntukan pembanguna­n MP, selaras dengan Pejabat Daerah dan Tanah serta Pegawai Pembanguna­n Negeri disebabkan kekangan ekonomi.

“Biarlah dibuat secara berperingk­at dana untuk Ahli Parlimen yang terlibat. Ini memberikan contoh awal, maknanya kalau MP sanggup kurangkan (elaun) walaupun ia bukan sumbangan peribadi, tetapi ia sumbangan pembanguna­n yang diselarask­an Ahli Parlimen dan Pejabat Daerah dan Tanah,” katanya.

 ?? RODIYAH ??
RODIYAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia