Utusan Borneo (Sarawak)

Projek bekalan air di Tanjung Manis bakal operasi suku ketiga

Fasa 1 projek hampir siap, hanya tunggu untuk diperiksa dan diuji

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Projek Sistem Bekalan Air Tanjung Manis Fasa 1 dijangka beroperasi pada suku ketiga tahun ini.

Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Datuk Julaihi Narawi berkata, projek itu kini hampir siap dan hanya menunggu untuk diperiksa serta diuji sistem paip yang ada bagi memastikan ia berada dalam keadaan sempurna untuk pengoperas­ian tersebut.

“Kita perlu memeriksa dengan teliti sistem yang ada supaya berkeadaan baik dan sempurna sebelum pengoperas­iannya kelak,” ujarnya kepada pemberita semasa melawat tapak kolam pengambila­n air mentah di kawasan Sungai Sadit, semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau itu berkata, dengan siapnya projek bekalan air itu kelak, kawasan Tanjung Manis, Belawai dan Pulau Bruit akan menerima bekalan air dari

Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi

dua sumber termasuk dari Loji Rawatan Air Bayong di Sarikei.

Projek kolam pengambila­n air mentah dari Batang Rajang berukuran 75 meter x 50 meter x 3 meter (20 MLD) itu telah dibina dengan kos sebanyak RM16.8 juta dan telah dianugerah­kan kepada Hock Seng Lee Bhd melalui

tender terbuka dan mula dibina pada 1 Julai 2020.

Pada asalnya, kerja pembinaan bermula pada 1 Julai 2020 dan dijangka siap pada 30 Jun 2021.

Bagaimanap­un, disebabkan oleh COVID-19 dan kekurangan tenaga kerja susulan pandemik itu, kemajuan pembinaan saluran

masuk air sungai terus 20 MLD yang baharu telah terjejas dan mengakibat­kan kelewatan.

Turut hadir Ahli Parlimen Tanjung Manis Yusuf Abd Wahab dan Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh.

“Kita perlu memeriksa dengan teliti sistem yang ada supaya berkeadaan baik dan sempurna sebelum pengoperas­iannya ” kelak. Datuk Julaihi Narawi

 ?? ?? PERJELAS: Julaihi (dua kanan) ketika ditemui pemberita selepas melawat tapak kolam pengambila­n air mentah di kawasan Sungai Sadit, semalam. Turun kelihatan Len Talif (dua kiri), Yusuf (kanan) serta yang lain.
PERJELAS: Julaihi (dua kanan) ketika ditemui pemberita selepas melawat tapak kolam pengambila­n air mentah di kawasan Sungai Sadit, semalam. Turun kelihatan Len Talif (dua kiri), Yusuf (kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia