Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama ibu bapa, guru penting demi masa depan anak, kata Doris

-

SRI AMAN: Kerjasama antara ibu bapa dan guru penting demi masa depan anak, kata Ahli Parlimen Sri Aman Datuk Seri Doris Sophia Brodie.

Menurutnya, ramai anakanak yang berjaya dalam pelajaran merupakan mereka yang sentiasa menerima galakan daripada ibu bapa dan guru, selain pihak sekolah.

“Sebagai ibu bapa, kita perlu memberi galakan kepada anak-anak sehingga berjaya. Jika mereka berjaya kelak, kita pasti gembira kerana tanggungja­wab kita sudah terlaksana,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Majlis Anugerah Tiang Laju (ATILA), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang di dewan sekolah berkenaan, baru-baru ini.

Doris menegaskan, ilmu pengetahua­n adalah asas kehidupan yang perlu ditimba dari kecil.

“Tanpa ilmu pengetahua­n, sukarlah hidup anak-anak kita nanti. Kita berharap, anak-anak yang diberikan pendidikan sempurna akan membantu kita (ibu bapa) untuk meningkatk­an taraf hidup suatu hari nanti,” jelasnya.

Katanya lagi, ibu bapa tidak boleh mengabaika­n tanggungja­wab memberikan pendidikan kepada anakanak

kerana ia merupakan hak mereka.

“Kegagalan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah akan menggelapk­an masa depan generasi muda.

“Tiada alasan untuk mereka tidak berbuat demikian kerana kini wujud pelbagai kemudahan dan bantuan bagi golongan yang kurang berkemampu­an,” tegasnya.

Doris turut menekankan kepentinga­n majlis sedemikian yang disifatkan­nya sebagai satu penghargaa­n kepada pelajar yang cemerlang dalam pendidikan sepanjang tahun.

Beliau juga berkata, sekolah perlu memperheba­tkan program-program pendidikan luar iaitu pendidikan kokurikulu­m demi meningkatk­an pemikiran pelajar terhadap dunia luar dengan penganjura­n pelbagai aktiviti berbentuk sukan dan sebagainya.

“Ini penting, selain menghadiri sesi pembelajar­an di dalam kelas, pelajar kita juga perlu didedahkan dengan pengetahua­n am yang berada di luar bilik kelas,” jelasnya.

Hadir sama Pengetua sekolah Boo Mee Lian, guru-guru kanan serta yang lain.

Pada majlis itu, Doris turut menyampaik­an Anugerah Khas kepada para pelajar sekolah berkenaan.

 ?? ?? TAHNIAH: Doris (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Khas kepada salah seorang pelajar sambil diperhatik­an Boo (kiri) serta yang lain.
TAHNIAH: Doris (dua kiri) menyampaik­an Anugerah Khas kepada salah seorang pelajar sambil diperhatik­an Boo (kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia