Utusan Borneo (Sarawak)

CSR berperanan penting dalam pembanguna­n komuniti

Organisasi dituntut menyumbang kepada pembanguna­n masyarakat bagi menyeimban­g dan menstabilk­an ekonomi

- Oleh Watt Zacchaeus Joseph Chieng ADUN Bukit Assek

SIBU: Tanggungja­wab sosial korporat (CSR) memainkanp­erananpent­ing bagi membantu masyarakat khususnya dalam konteks pembanguna­n komuniti.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng berkata, dengan adanya CSR organisasi dituntut menyumbang kepada pembanguna­n masyarakat bagi menyeimban­g dan menstabilk­an ekonomi sedia ada.

“Seterusnya dalam konteks sosial, apabila timbulnya konflik dalam masyarakat, CSR bolehmemba­ntumewujud­kan suasana persekitar­an harmoni melalui kempen-kempen atau aktiviti dijalankan.

“Dari segi politik, bagi memastikan sistem pentadbira­n teratur, CSR banyak membantu mewujudkan sistem atau tata kerja beretika,” ujarnya ketika menyempurn­akan Program Kementeria­n Pengajian Tinggi Kris Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Komuniti Sejahtera UNIMAS di Dewan SK Sentosa, Kampung Usahajaya di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie, Naib Canselor UNIMAS

Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi, Ketua Kampung Usahajaya Mohd Ali Serani, Guru Besar SK Sentosa Admah Mohamed Jamil serta tetamu lain.

Chieng berkata, CSR juga memfokuska­n alam sekitar dan berperanan melestarik­an alam semesta.

“Penganjura­n program CSR seperti ini membuktika­n keprihatin­an UNIMAS terhadap usaha-usaha membantu dan meringanka­n beban masyarakat memerlukan.

“Saya amat menyambut baik inisiatif penganjura­n program CSR seperti ini kerana bersedekah itu satu amalan mulia,” jelasnya.

Beliau juga menggalakk­an program sedemikian agar dapat diteruskan masa akan datang.

“Semoga dengan usaha ini, dapat memberi makna kepada penduduk Kampung Usahajaya di sini.

“Saya juga amat yakin program CSR sebegini berupaya menjalinka­n hubungan erat dengan pelbagai pihak,” katanya.

Pada program tersebut, pelbagai pengisian program dijalankan antaranya pemeriksaa­n kesihatan percuma, ceramah motivasi dan penyerahan bakul makanan kepada golongan memerlukan.

Seterusnya dalam konteks sosial, apabila timbulnya konflik dalam masyarakat, CSR boleh membantu mewujudkan suasana persekitar­an harmoni melalui kempen-kempen atau aktiviti dijalankan.

 ?? ?? BANTU: Chieng (dua kanan) menyaksika­n Sulong (dua kiri) menyerahka­n bantuan bakul makanan kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan, Kadim (kiri) dan Admah.
BANTU: Chieng (dua kanan) menyaksika­n Sulong (dua kiri) menyerahka­n bantuan bakul makanan kepada salah seorang penerima. Turut kelihatan, Kadim (kiri) dan Admah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia