Utusan Borneo (Sarawak)

Kestabilan dan perpaduan kuat bolehkan Sarawak raih hasil tertinggi dalam sejarah

-

Kestabilan dan perpaduan yang kuat membolehka­n Sarawak memperoleh­i pendapatan RM11.9 bilion pada tahun 2022, tertinggi dalam sejarah.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, Sarawak dalam tempoh kurang daripada 10 tahun ini ada tiga peristiwa penting utama yang ramai rakyat tidak sedar.

Sebelum tahun 2014 katanya, ada era Tun Taib, selepas 2014 era Tok Adenan dan satu lagi peristiwa penting pada 2018 iaitu sebelum dan selepas Barisan Nasional (BN).

“Asas kemakmuran Sarawak adalah selepas BN di mana Premier Abang Johari dan kami menyedari bahawa Kuala Lumpur tidak mahu memberikan kita duit.

“Dari situ kita mula mencari duit sendiri dan kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) mula menjadi usahawan.

“Kita hasilkan lebih banyak duit dan kita dapat memberikan lebih banyak kepada rakyat kita Sarawak,” ujarnya.

Beliau berkata demikian

ketika ditemui pada sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Batu Kawa di Dewan SJK Chung Hua Batu Kawa di sini, semalam.

Tambah Dr Sim, di bawah Perkara 112D Perlembaga­an Persekutua­n, kerajaan persekutua­n sepatutnya memberikan dana kepada Sarawak hasil daripada cukai yang dikutip dari negeri ini.

Pada tahun 2018 katanya, menteri kewangan pada ketika itu mahu memberikan RM40 juta kepada Sarawak

dan tidak diterima oleh GPS sehingga dipersoalk­an ahliahli parlimen dari Sarawak.

“Masa Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) datang tempoh hari, beliau bagi RM300 juta. Nasib baik kita tidak terima tawaran itu (RM40 juta) masa itu.

“Sebab itu di bawah Abang Johari, kita memberitah­u Perdana Menteri sebagai sebahagian daripada Malaysia jika ekonomi teruk kita menderita bersama dan jika ekonomi bagus kita makmur bersama,” katanya.

 ?? ?? BERKAT KESTABILAN: Dr Sim bercakap kepada pemberita pada sambutan Tahun Baharu Cina SUPP Batu Kawa di Dewan SJK Chung Hua Batu Kawa, semalam.
BERKAT KESTABILAN: Dr Sim bercakap kepada pemberita pada sambutan Tahun Baharu Cina SUPP Batu Kawa di Dewan SJK Chung Hua Batu Kawa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia