Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama semua pihak penting pastikan SJKC Kiang Hin terus maju

-

Kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kiang Hin dapat terus maju dan menjadi salah satu sekolah pilihan terbaik untuk ibu bapa di Sibu.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Michael Tiang berkata, SJKC Kiang Hin telah mencapai begitu banyak pencapaian dari segi akademik, kokurikulu­m dan dalam pembanguna­n sekolah.

“Kesemua pencapaian ini diperolehi kerana kerjasama dan sokongan yang hebat daripada semua pihak, termasuk pelajar, guru, lembaga pengurusan dan ibu bapa,” katanya pada majlis makan malam sambutan Tahun Baharu Cina SJKC Kiang Hin di sini, malam kelmarin.

Tiang berkata demikian menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Kaunselor Ling Hua Wee.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelawan itu berkata, sejak Sibu mempunyai sebuah universiti di kawasan Teku, pembanguna­n di kawasan tersebut terus berkembang pesat.

Justeru katanya, dengan pembanguna­n yang berlaku, penduduk di kawasan itu juga akan bertambah.

“Oleh itu, pihak sekolah perlu bekerja lebih keras untuk memberikan pendidikan

yang terbaik kepada pelajar dan menyediaka­n kemudahan yang lebih baik kepada mereka.

“Saya yakin dengan komitmen daripada semua pihak termasuk lembaga sekolah, guru dan ibu bapa, SJKC Kiang Hin akan melakukan yang terbaik,” katanya.

Selain itu, Tiang turut berkongsi berita gembira mengenai pendapatan Sarawak pada tahun 2022 yang meningkat kepada RM11.9 bilion seperti yang diumumkan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

pada Khamis lalu.

Katanya, berita gembira itu semestinya sesuatu yang harus dibanggaka­n oleh rakyat Sarawak kerana tahun ini akan menjadi tahun yang cukup baik.

“Kerajaan negeri kita telah mencapai banyak kemajuan sejak 10 tahun lalu sejak kepimpinan Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dan Premier Sarawak sekarang Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Kita pasti boleh buat lebih baik tahun ini, lebih-lebih lagi sekarang, pilihan raya sudah berakhir, kita semua

boleh memberi perhatian khusus kepada pembanguna­n Sarawak.

“Ini kerana, kita mahu terus berkembang dan bergerak lebih pantas ke arah matlamat untuk mencapai negeri berpendapa­tan tinggi menjelang 2030,” katanya.

Turut berucap pada majlis itu ialah Pegawai Pendidikan Sibu Ahli Chikba.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pengarah SJKC Kiang Hin Kapitan So Teck Kee, Guru Besar SJKC Kiang Hin Ling Ing Kiong dan ahli lembaga pengarah sekolah yang lain.

 ?? ?? RAI BERSAMA: Ling (empat kiri), So (empat kanan), Ing Kiong (tiga kanan), Ahli (tiga kiri) serta yang lain menggaul ‘yee sang’ sebagai simbolik perasmian majlis makan malam sambutan Tahun Baharu Cina SJKC Kiang Hin, malam kelmarin.
RAI BERSAMA: Ling (empat kiri), So (empat kanan), Ing Kiong (tiga kanan), Ahli (tiga kiri) serta yang lain menggaul ‘yee sang’ sebagai simbolik perasmian majlis makan malam sambutan Tahun Baharu Cina SJKC Kiang Hin, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia