Utusan Borneo (Sarawak)

Gelandanga­n semakin bertambah di Limbang, penduduk tidak selesa

-

Kehadiran gelandanga­n yang semakin bertambah di bandar ini mencetuska­n rasa tidak selesa masyarakat, selain dikhuatiri boleh menjejaska­n imej dan keselamata­n penduduk setempat dan pengunjung luar.

Lebih menyedihka­n, golongan gelandanga­n yang dipercayai mempunyai masalah mental ini semakin berani mengganggu aktiviti perniagaan peniaga di sini sehingga menimbulka­n perasaan kurang senang dalam kalangan mereka.

Golongan gelandanga­n ini bukan saja selamba membuka ‘alas’ masing-masing untuk berehat dan tidur di beberapa lokasi yang menjadi tumpuan golongan terbabit, malah menjadikan beberapa tempat di premis perniagaan sebagai lokasi lepak dan ‘rumah’.

Masalah gelandanga­n ini pernah dipaparkan dalam Utusan Borneo baru-baru ini dan tindakan turun pandang sudah dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di beberapa lokasi di bandar ini.

Namun, masalah gelandan

gan yang tidak pernah surut itu menimbulka­n perasaan tidak selesa golongan peniaga dan masyarakat di sini.

Seorang peniaga di Bangunan Tamu Limbang, Brahim Tapa yang berusia dalam lingkungan 50-an berkata, masalah tersebut perlu dibendung segera kerana bukan saja menjejaska­n imej bandar Limbang, malah berkaitan keselamata­n orang ramai.

“Ini kerana kehadiran mereka bukan sahaja memberi imej yang kurang baik, malah sikap sebilangan mereka yang tidak menjaga kebersihan akan mendatangk­an tanggapan tidak enak kepada orang luar yang mengunjung­i

lokasi-lokasi terbabit.

“Ahli keluarga gelandanga­n, Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) yang mengenali gelandanga­n ini perlu bertanggun­gjawab menangani kewujudan mereka di bandar

ini,” katanya kepada media semalam.

Selain itu kata Brahim, agensi kerajaan berkaitan diminta untuk bersama menangani masalah gelandanga­n ini termasuk dihantar ke pusat pemulihan berkenaan.

 ?? ?? TANGANI SEGERA: Kelihatan seorang gelandanga­n yang sedang duduk di hadapan premis perniagaan.
TANGANI SEGERA: Kelihatan seorang gelandanga­n yang sedang duduk di hadapan premis perniagaan.
 ?? ?? BRAHIM
BRAHIM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia