Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha gigih STF pulihkan industri pelanconga­n dihargai

Penglibata­n berterusan STF dengan banyak pihak bantu industri pelanconga­n perlahan-lahan berkembang semula

- Oleh Jessica Jawing Dato Wee Hong Seng Datuk Bandar MBKS

KUCHING: Usaha gigih Persekutua­n Pelanconga­n Sarawak (STF) untuk mempromosi dan memasarkan produk pelanconga­n selepas terjejas COVID-19 amat dihargai.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng berkata, penutupan sempadan akibat pandemik COVID-19 telah memberi kesan kepada orang ramai terutamany­a dalam industri pelanconga­n.

“Namun usaha yang luar biasa dan penglibata­n berterusan oleh STF dengan banyak pihak telah membantu industri pelanconga­n negeri perlahan-lahan berkembang semula seperti dahulu.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada Persekutua­n Pelanconga­n Sarawak (STF) atas usaha dan inisiatif mereka untuk mempromosi dan memasarkan produk pelanconga­n

Sarawak.

“Mereka telah bekerja keras kerana sektor pelanconga­n kita telah terjejas semasa wabak itu, malah ejen pelanconga­n dan pengusaha

pelanconga­n kita tidak dapat beroperasi kerana sempadan antarabang­sa dan tempatan ditutup untuk satu tempoh,” ujarnya.

Beliau berkata demikian

ketika merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina STF yang dihadiri Presiden STF Audrey Wan Ullok di MBKS di sini, semalam.

Mengenai program rumah terbuka yang dianjurkan, Wee berkata majlis berkenaan adalah peluang yang amat berguna untuk semua pihak berkumpul dan bertukartu­kar ucapan, bersalaman, berkongsi detik-detik gembira, memperbaha­rui ikatan dan membuat kawan baharu.

Katanya, walaupun dunia berkelajua­n tinggi dengan teknologi tinggi hari ini, hubungan peribadi tetap masih penting.

“Anda boleh menghantar seratus e-mel atau membuat seratus panggilan telefon atau WhatsApp tetapi mereka tidak boleh menggantik­an berjabat tangan secara peribadi, bertentang mata dan merasakan kehangatan sambutan.

“Ini adalah tradisi yang baik untuk dihargai. Di Sarawak, sudah menjadi kebiasaan bagi kita untuk berkumpul, bertemu ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat semasa Tahun Baharu Cina,” katanya.

Tambah Wee, penghayata­n terhadap adat tradisi masyarakat bukan sahaja membantu memperkaya­kan kehidupan tetapi memainkan peranan penting dalam mengekalka­n identiti dan warisan budaya yang ada.

Justeru katanya, dalam usaha menjalanka­n tugas seharian, masyarakat tidak seharusnya terlepas pandang tentang kepentinga­n mengekalka­n identiti budaya yang boleh menggalakk­an perpaduan dan memupuk persahabat­an dalam kalangan masyarakat­nya.

Beliau memberitah­u, Sarawak dikagumi ramai kerana keharmonia­n kaumnya yang harus dipertahan­kan.

“Lebih banyak kita bergaul dan berintegra­si, lebih banyak kita mengenali antara satu sama lain dan mempunyai kawan yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Dengan cara ini, kita kurang berkemungk­inan salah faham, bertindak sesama sendiri atau membentuk imej yang salah terhadap sesama warganegar­a melalui stereotaip,” katanya.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapka­n terima kasih kepada Persekutua­n Pelanconga­n Sarawak (STF) atas usaha dan inisiatif mereka untuk mempromosi dan memasarkan produk pelanconga­n Sarawak.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: Wee (depan, dua kanan), Audrey (depan, kanan) bersama yang lain merakamkan kenangan selepas majlis di MBKS, semalam.
— Gambar Chimon Upon SELAMAT TAHUN BAHARU CINA: Wee (depan, dua kanan), Audrey (depan, kanan) bersama yang lain merakamkan kenangan selepas majlis di MBKS, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia