Utusan Borneo (Sarawak)

168 pelajar SMK Rosli Dhoby diraikan pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar 2022

-

Seramai 168 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rosli Dhoby diraikan pada Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar 2022 di dewan kuliah Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di sini, semalam.

Berucap merasmikan majlis itu, Naib Canselor UTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid berkata, pengiktira­fan yang diberikan oleh sekolah itu adalah untuk memberi motivasi kepada pelajar meneruskan kecemerlan­gan mereka.

“Jadi, jangan ambil mudah usaha yang dilakukan oleh sekolah dengan memberi pengiktira­fan kecemerlan­gan kepada pelajar semua.

“Anda harus faham niat sebenar pihak sekolah dan PIBG (Persatuan Ibu Bapa dan Guru), pengiktira­fan ini adalah untuk memberi motivasi kepada penerima dan pada masa yang sama menjadi inspirasi dan galakan kepada pelajarpel­ajar lain,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menjemput para pelajar supaya melanjutka­n pengajian ke UTS yang memberi banyak kelebihan kepada anak-anak Sarawak.

Katanya, kerajaan Sarawak banyak menyalurka­n peruntukan kepada UTS dengan memberi biasiswa dan subsidi yuran yang berbaloi untuk dipohon oleh anak Sarawak.

“Pihak kerajaan Sarawak mempunyai hasrat yang murni untuk membolehka­n semua anak muda, lelaki atau perempuan berjaya melanjutka­n pengajian.

“Ini kerana, masa depan Sarawak bergantung kepada generasi muda sekarang. Kerajaan Sarawak berhasrat untuk menjadi sebuah negeri maju dan berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

“Sebab itu, sumber manusianya amat penting dan perlu kompeten. Anda semualah yang akan meneruskan perjuangan ini,” katanya.

Turut berucap pada majlis itu ialah Pengetua SMK Rosli Dhoby Tan Kok Aun.

 ?? ?? TERUSKAN KECEMERLAN­GAN: Khairuddin (enam dari kiri), melakukan simbolik perasmian Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar 2022 SMK Rosli Dhoby sambil disaksikan oleh Tan (lima kanan) dan yang lain.
TERUSKAN KECEMERLAN­GAN: Khairuddin (enam dari kiri), melakukan simbolik perasmian Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar 2022 SMK Rosli Dhoby sambil disaksikan oleh Tan (lima kanan) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia