Utusan Borneo (Sarawak)

JCI Miri tuan rumah sidang kemuncak BSDG 18-19 Mac

-

Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Miri akan menjadi tuan rumah untuk sidang kemuncak Matlamat Pembanguna­n Mampan Borneo (BSDG) yang julung kali pada 18 dan 19 Mac depan.

Acara berkenaan akan dianjurkan dengan kerjasama beberapa syarikat dan badanbadan dunia seperti Shell, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) dan banyak lagi.

“Acara ini dijangka menjadi salah satu persidanga­n terbesar di Miri kelak dan tempat persidanga­n ditaja oleh The Hive Co-Working Space,” demikian menurut Presidenny­a, Candy Yong Chuen Tien.

Penganjura­n sidang kemuncak BSDG itu diselarask­an dengan 17 Matlamat Pembanguna­n Lestari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSDG) yang merupakan seruan segera untuk bertindak oleh semua negara dalam perkongsia­n global bagi mewujudkan keamanan dan kemakmuran untuk manusia dan planet ini.

Beliau memberitah­u sidang kemuncak itu kelak dijangka mampu menarik 600 peserta dalam dan luar negara serta dijangka dirasmikan oleh Menteri Pengangkut­an Sarawak, Dato Sri Lee Kim

Shin.

“Kami menjangkak­an lebih 600 peserta akan hadir ke acara ini kelak dan banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan terlibat sama dalam usaha untuk mewujudkan kesedaran lestari tentang pelbagai isu, termasuk berkaitan masyarakat.

“Antaranya, ialah ElShaddai Refugee Learning Centre, United Nation Global Compact dan beberapa syarikat yang turut melaksanak­an SDG dalam operasi mereka, ke arah mewujudkan masyarakat yang lebih baik, juga akan mengambil bahagian dalam acara ini kelak,” tambah Yong lagi.

Sementara itu, tiket untuk menghadiri persidanga­n yang berharga RM88 untuk bukan

ahli JCI dan ini adalah harga awal sehingga 15 Februari ini.

Tiket akan dijual pada harga RM108 mulai 16 Februari hingga 17 Mac depan, manakala harga akan naik kepada RM128 untuk pembelian saat akhir pada 18 dan 19 Mac kelak.

Bagi mereka yang ingin menjalin kerjasama dan menjadi salah satu penaja bagi acara itu, JCI Miri amat mengalu-alukan mereka berbuat demikian dengan menghubung­i pengurus tajaan iaitu Owen Choo di talian 016-800-2225.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli tiket pula, anda boleh menghubung­i pengurus jualan tiket, Phyllis di talian +6010-447-1326.

 ?? ?? SERTAI KAMI: Ahli-ahli JCI Miri bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak BSDG di Miri pada bulan depan.
SERTAI KAMI: Ahli-ahli JCI Miri bersedia untuk menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak BSDG di Miri pada bulan depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia