Utusan Borneo (Sarawak)

Tak perlu pergi Belanda untuk selesai masalah banjir di Sibu

Dr Sim harus tanya pasal RTB Sibu dibuat lebih 10 tahun lalu: Wong

- Oleh Reno Benjamin Dato Sri Wong Soon Koh Presiden PSB

SIBU: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Dato Sri Wong Soon Koh melihat tiada keperluan untuk kerajaan negeri membuat kajian ke luar negara khususnya di Belanda bagi menyelesai­kan masalah banjir di kawasan Bukit Assek.

“Saya ingin bertanya mengapa kita perlu lakukan banyak kajian ke luar negara sedangkan kita sudah ada pelan yang besar untuk projek tebatan banjir di Sibu, yang dibuat lebih 10 tahun lepas oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah.

“Semasa beliau (Douglas) menjadi menteri persekutua­n yang berkuasa terhadap pengairan dan saliran, beliau telah tampil dengan pelan induk bagi menyelesai­kan masalah banjir di Sibu.

“Pelan induk ini amat efektif di mana Fasa 1 dan 2 telah dilaksanak­an, yang terbukti telah berjaya serta berkesan (dalam menyelesai­kan masalah banjir di Sibu),” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina PSB di sebuah restoran di sini, semalam.

Wong yang juga ADUN

Bawang Assan berkata demikian ketika mempersoal­kan kenyataan Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian yang memberitah­u akan melawat Belanda akhir bulan ini untuk membuat kajian bagi menyelesai­kan masalah banjir di Sibu, khususnya di kawasan Bukit Assek.

Dr Sim ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Sibu di Dewan Suarah Sibu

pada malam Khamis memberitah­u, kerajaan Belanda telah menyatakan hasratnya untuk memberikan bantuan teknikal bagi menyelesai­kan masalah banjir di Sibu.

Di samping itu katanya, kerajaan Sarawak juga akan melawat Belanda pada akhir bulan ini untuk membincang­kan penyelesai­annya.

Menurut Wong, sebelum Dr Sim bersama pasukannya pergi ke Belanda untuk membuat kajian, beliau mahu Presiden SUPP itu bertanya dengan Uggah terlebih dahulu mengenai pelan induk Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu yang telah dibuat lebih 10 tahun lepas.

“Saya minta Dr Sim sebelum pergi ke Belanda, perlu bertanya kepada Douglas Uggah mengenai Rancangan Tebatan Banjir Sibu kerana beliau (Uggah) telah tampil dengan pelan induk tebatan banjir yang amat efektif untuk Sibu,” jelasnya.

Wong turut membidas

kenyataan Dr Sim yang memberitah­u memerlukan tasik seluas 50 ekar bagi menakung air, di mana kenyataan itu dikeluarka­n sebelum kajian ke luar negara dilakukan.

“Saya tidak tahu apa yang cuba beliau katakan. Ini idea siapa, saya juga tidak tahu,” ujarnya yang mahu kerajaan melihat semula kemungkina­n Fasa 3 dan 4 Rancangan Tebatan Banjir Sibu boleh dilaksanak­an atau tidak.

Ketika berucap pada majlis, Wong menyeru ahli-ahli PSB agar terus bekerja keras memandangk­an parti itu kini menjadi satu-satu parti pembangkan­g yang tinggal.

Parti pembangkan­g katanya, amat penting dalam amalan demokrasi dan perlu ada parti pembangkan­g untuk mainkan peranan semak dan imbang.

“Saya menyeru semua pemimpin serta ahli-ahli parti agar terus bekerja keras bagi menjadikan PSB sebuah parti pembangkan­g yang membina,” jelas beliau.

Saya ingin bertanya mengapa kita perlu lakukan banyak kajian ke luar negara sedangkan kita sudah ada pelan yang besar untuk projek tebatan banjir di Sibu, yang dibuat lebih 10 tahun lepas oleh Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah.

 ?? ?? PERSOAL: Wong ketika bercakap kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina PSB di Sibu, semalam.
PERSOAL: Wong ketika bercakap kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina PSB di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia