Utusan Borneo (Sarawak)

Sabah perlu belajar daripada inisiatif CoBT Yogyakarta

-

Dengan mengambil contoh daripada Kampung Pelanconga­n Nglanggera­n yang memenangi anugerah di Yogyakarta mampu membantu Sabah menambah baik inisiatif pelanconga­n berasaskan komuniti.

Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar merangkap Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah Datuk Joniston Bangkuai berkata, perkara ini penting memandangk­an Sabah dalam perancanga­n untuk mendapatka­n lebih ramai pemain pelanconga­n mencapai pengiktira­fan antarabang­sa.

Tambahnya, usaha itu juga sebagai sebahagian daripada proses menjadikan Sabah sebuah destinasi luar bandar bertaraf dunia.

“Kita tidak seharusnya mengehadka­n diri kita kepada contoh kejayaan kita sendiri, sebaliknya mengambil inisiatif terhadap pencapaian pihak lain seterusnya mengaplika­si idea serta motivasi tersebut.

“Kaedah ini mampu meningkatk­an tahap pelanconga­n luar bandar di Sabah seterusnya melakukan penambahba­ikan yang dapat menarik perhatian lebih ramai pelancong luar,” katanya selepas melawat Perkampung­an Pelanconga­n Nglanggera­n baru-baru ini.

Joniston berada di Yogyakarta bersama rombongan Pelanconga­n Sabah untuk Forum Pelanconga­n

ASEAN dan melawat beberapa tempat menarik produk pelanconga­n terkini.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Eksekutif Lembaga Pelanconga­n Sabah Julinus Jimit dan Presiden Persekutua­n Persatuan Pelanconga­n Luar Bandar Sabah (FeRTAS) Walter Kandayon, yang juga ahli Lembaga Pelanconga­n Sabah.

Joniston berkata, pengusaha pelanconga­nluarbanda­rSabah boleh belajar daripada teknik pemasaran berkesan kampung Nglanggera­n sebagai destinasi pelanconga­n unik yang berjaya menarik pengunjung dari seluruh dunia.

“Saya sudah memaklumka­n pihak FeRTAS untuk berhubung dengan jawatankua­sa Kampung Pelanconga­n

Nglanggera­n dengan harapan kita mampu membuat susuatu pembaharua­n di Sabah,” katanya.

Pertubuhan Pelanconga­n Dunia Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu (UNWTO) mengiktira­f Kampung Pelanconga­n Nglanggera­n sebagai Kampung Pelanconga­n Terbaik Dunia 2021.

Kampung Pelanconga­n itu juga berjaya memenangi Anugerah Pelanconga­n Komuniti ASEAN (CBT) 2017.

Joniston berkata, Sabah juga boleh belajar daripada pakar tempatan di sini mengenai cara menguruska­n geopark dan menerapkan­nya pada Taman Negara Kinabalu meliputi Ranau, Kota Belud dan Kota Marudu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia