Utusan Borneo (Sarawak)

Kenaikan bayaran kemasukan destinasi pelanconga­n adalah berpatutan

- KOTA KINABALU:

Kenaikan bayaran kemasukan di beberapa destinasi pelanconga­n dalam negeri ini khususnya dalam Taman-Taman Sabah adalah berpatutan.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk ChristinaL­iewberkata,pihaknya tidak melihat kenaikan berkenaan membebanka­n para pelancong antarabang­sa.

Bagaimanap­un katanya, pihaknya turut akan mengenal pasti cara terbaik untuk memberikan kelonggara­n kepada pelancong tempatan khususnya di lokasi seperti pendakian Gunung Kinabalu, Taman Kinabalu dan Kolam Air Panas Poring yang mana bayaran kemasukan telah dinaikan sejak 1 Januari lalu.

“Kenaikan itu tidak membebanka­n para pelancong asing yang datang ke Sabah kerana mereka datang sememangny­a mahu melihat kepada alam semula jadi negeri ini.

“Kita juga tidak mengira kenaikan bayaran kemasukan ke beberapa lokasi di bawah kelolaan Taman-Taman Sabah berdasarka­n peratusan, kerana ia hanya melibatkan jumlah yang kecil,” katanya ketika ditemui pada Majlis Makan Malam Amal Tahun Baharu Cina Persatuan Sumber Harapan Sabah, di sini kelmarin.

Beliau berkata, tidak menafikan bahawa terdapat aduan daripada kalangan pelancong berhubung perkara demikian.

Namun katanya, pihaknya telah pun memberi kelonggara­n kepada para pelancong yang sudah membeli pakej pelanconga­n sebelum 1 Januari akan menggunaka­n caj kemasukan lama.

“Manakala harga bagi pakej selepas 1 Januari pula, mereka perlu menggunaka­n caj baharu. Ini dilaksanak­an selepas mempertimb­angkan permintaan para pemain industri termasuk daripada Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) Sabah/Labuan,” katanya.

Hadir sama ialah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor; Timbalan MenteriSum­berManusia,Mustapha Sakmud; Konsul Jeneral Republik Indonesia di Sabah, Rafael Walangitan; Konsul Jeneral, Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Huang Shi Fang dan Ketua Pejabat Konsular Jepun di Kota Kinabalu, Shiho Kako serta Presiden Persatuan Sumber Harapan Sabah, Josephine Hadikusumo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia