Utusan Borneo (Sarawak)

Josephine komited bantu murid-murid B40

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Program ‘Jom Balik Sekolah’ Persatuan Sumber Harapan Sabah akan diteruskan bagi membantu golongan kurang bernasib baik.

Presiden Persatuan Sumber Harapan Sabah Josephine Hadikusumo berkata, tahun ini pihaknya akan memberikan keutamaan kepada kawasan-kawasan yang tidak sempat dikunjungi pada tahun-tahun sebelumnya.

“Kita akan cuba mendapatka­n dana dari sektor swasta dan kerajaan agar program ini dapat diteruskan.

“Kami juga berharap dapat menambah satu lagi item, iaitu beg sekolah. Kami percaya bahawa impian ini adalah selaras dengan misi Sabah Maju Jaya, untuk membela komuniti kurang bernasib supaya kita boleh bangkit bersama,” katanya ketika berucap di Majlis Makan Malam Amal Tahun Baharu Cina Persatuan Sumber Harapan Sabah, di sini pada Jumaat.

Beliau percaya generasi muda harus dipupuk dan diberi sokongan dari segi keperluan asas, berpadu dengan prinsip Malaysia Madani.

“Kami amat berharap dapat berganding bahu dan bekerjasam­a dengan pihak kerajaan serta sektor swasta demi merealisas­ikan misi ini.

“Tujuan malam amal ini adalah untuk menyalurka­n kutipan dari jualan tiket ke tabung amal Persatuan Sumber Harapan Sabah,” katanya.

Beliau menjelaska­n persatuan berkenaan ditubuhkan pada 2007 oleh Datuk Christina Liew selaku pengasas. 2023 merupakan tahun ke 16 persatuan ini bergiat sebagai NGO di kalangan komuniti kurang bernasib.

Katanya, pada mulanya tumpuan persatuan ini adalah untuk membela nasib orang yang ditimpa malapetaka seperti banjir dan segalanya, serta memberi sokongan dari segi keperluan asas kepada komuniti B40 di Sabah.

“Sejak beberapa tahun lepas, tumpuan persatuan ini adalah memberi sokongan kepada kanak-kanak dari golongan B40.

“Contohnya, masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini, kami bertungkus-lumus mengagihka­n 3,600 unit susu tepung kepada kanak kanak berumur satu sehingga lima tahun dari golongan B40, walaupun kami menghadapi banyak cabaran pada masa itu,” katanya.

Katanya, tahun lalu persatuan berkenaan berjaya mengagihka­n sebanyak 10,000 set alat tulis dan buku latihan sekolah kepada kanak kanak golongan daif di 20 daerah di Sabah.

Josephine berkata, pihaknya berjaya menziarahi 80 sekolah di kawasan pedalaman

Sabah untuk memberi dorongan kepada kanakkanak.

“Kami percaya bahawa pendidikan boleh mengangkat nasib mereka dari kitaran kemiskinan ke arah kejayaan.

“Program ‘Jom Balik Sekolah’ bertujuan untuk meringanka­n beban ibu bapa serta para guru sambil menggalakk­an kanak-kanak untuk rajin belajar demi masa hadapan mereka.

“Program ini bermula bulan Januari 2022 dan apabila kami sampai ke Desember, Persatuan ini telah berjaya mendapat pengiktira­fan dari Malaysia Book of Records

kerana mencapai rekod sebagai organisasi yang paling banyak mengagihka­n alat tulis di seluruh Malaysia,” katanya.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor; Menteri Pelanconga­n, Kebudayan dan Alam Sekitar, Datuk Christina Liew; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud; Konsul Jeneral Republik Indonesia di Sabah, Rafael Walangitan; Konsul Jeneral, Republik Rakyat China di Kota Kinabalu, Huang Shi Fang dan Ketua Pejabat Konsular Jepun di Kota Kinabalu, Shiho Kako.

 ?? ?? ALBUM: Hajiji (tiga kiri), Christina (empat kanan), Josephine (tiga kanan) bersama tetamu kehormat yang lain merakamkan gambar kenangan.
ALBUM: Hajiji (tiga kiri), Christina (empat kanan), Josephine (tiga kanan) bersama tetamu kehormat yang lain merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia