Utusan Borneo (Sarawak)

Rizab Semulajadi Bukit Lima Sibu saji keindahan alam semula jadi

- Oleh Kepu Sidi

PENGGEMAR dan pencinta flora dan fauna dialualuka­n berkunjung ke Rizab Semulajadi Bukit Lima di Sibu yang hanya mengambil masa 15 minit perjalanan menggunaka­n kenderaan dari pusat bandar Sibu.

Rizab Semulajadi Bukit Lima dengan keluasan 219.2 hektar dijaga sepenuhnya oleh Sarawak Forestry (SFC).

Taman ini mempunyai keunikan dengan kategori hutan paya gambut dan dilengkapi dengan kemudahan jambatan pejalan kaki sejauh 6 kilometer.

Tanah di hutan ini adalah jenis tanah gambut yang sinonim dengan kawasan tropika atau subtropika.

Antara ciri-ciri hutan gambut di Rizab Semulajadi Bukit Lima Sibu ialah hutan paya gambut yang terbentuk di kawasan rendah.

Air yang terperangk­ap di lapisan tanah gambut ini adalah air hujan serta mempunyai lapisan tanah gambut yang subur kerana mengandung­i mineral dan nutrien.

Salah satu pokok yang istimewa tumbuh dengan subur di kawasan Rizab Semulajadi Bukit Lima Sibu ini ialah pokok ramin.

Pokok ramin ini adalah spesies pokok yang penting kerana tumbuhan ini bersifat dominan di kawasan paya gambut.

Pokok ramin ini juga telah disenaraik­an dalam CITES App II kerana ia merupakan tumbuhan yang jarang didapati disebabkan oleh kemusnahan hutan gambut

yang tidak terkawal.

Bunga pokok ramin ini adalah merupakan sumber makanan untuk burung, tupai, monyet dan juga mamalia yang lain, sementara itu buahnya pula turut menjadi sumber makanan bagi ikan keli dan juga kura-kura.

Kayu ramin yang berwarna putih mempunyai nilai yang

tinggi dan kerap digunakan untuk membuat perabot dan juga bahan pembinaan yang lain.

Rizab Semulajadi Bukit Lima Sibu ini dibuka setiap hari kepada para pengunjung bermula jam 7 pagi hingga 6 petang, kemasukan adalah percuma.

Untuk pengunjung yang

ingin melakukan aktiviti ‘nightwalk’ pula, mereka turut dialu-alukan datang ke

taman ini yang dibuka bermula dari jam 6.30 petang.

Bagi aktiviti ini, pengunjung

akan dikenakan bayaran RM10 setiap seorang dan aktiviti ini akan dipantau sepenuhnya oleh petugas SFC.

Sementara itu, pada setiap hujung minggu iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad, terdapat aktiviti menjual makanan dan minuman di tempat letak kereta di taman ini yang bermula dari jam 4 petang hingga 8 malam.

Di sepanjang aktiviti ‘nightwalk’, para pengunjung di Rizab Semulajadi Bukit Lima Sibu ini bakal disajikan dengan penemuan pelbagai jenis serangga, tumbuhan, pelbagai jenis spesies katak, musang, burung, kera hantu dan juga beberapa spesies haiwan serta serangga yang lain.

Dalam pada itu, taman ini turut menyediaka­n kemudahan kepada pengunjung yang ingin jogging.

Sehubungan itu, sesiapa yang mencintai keindahan alam semula jadi, adalah dialu-alukan untuk berkunjung ke Rizab Semulajadi Bukit Lima Sibu.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ?? MENARIK: Sebahagian daripada kaki fotografi tidak melepaskan peluang untuk merakam setiap spesies dan hidupan yang terdapat di Rizab Semulajadi Bukit Lima Sibu.
MENARIK: Sebahagian daripada kaki fotografi tidak melepaskan peluang untuk merakam setiap spesies dan hidupan yang terdapat di Rizab Semulajadi Bukit Lima Sibu.
 ?? ?? KEMUDAHAN: Gerai makanan dan minuman turut dibuka pada hujung minggu di Rizab Semulajadi Bukit Lima Sibu.
KEMUDAHAN: Gerai makanan dan minuman turut dibuka pada hujung minggu di Rizab Semulajadi Bukit Lima Sibu.
 ?? ?? TAKLIMAT: Kakitangan SFC memberikan taklimat ringkas kepada para pengunjung yang bakal melakukan aktiviti ‘nightwalk’ di Rizab Semulajadi Bukit Lima Sibu.
TAKLIMAT: Kakitangan SFC memberikan taklimat ringkas kepada para pengunjung yang bakal melakukan aktiviti ‘nightwalk’ di Rizab Semulajadi Bukit Lima Sibu.
 ?? ?? JOM BERKUNJUNG: Rizab Semulajadi Bukit Lima Sibu bakal menyajikan pengalaman yang menarik kepada para pengunjung­nya.
JOM BERKUNJUNG: Rizab Semulajadi Bukit Lima Sibu bakal menyajikan pengalaman yang menarik kepada para pengunjung­nya.
 ?? ?? KHAZANAH ALAM: Pokok ramin yang tubuh subur di Rizab Semulajadi Bukit Lima Sibu.
KHAZANAH ALAM: Pokok ramin yang tubuh subur di Rizab Semulajadi Bukit Lima Sibu.
 ?? ?? PENGALAMAN BAHARU: Aktiviti ‘nightwalk’ di Rizab Semulajadi Bukit Lima Sibu.
PENGALAMAN BAHARU: Aktiviti ‘nightwalk’ di Rizab Semulajadi Bukit Lima Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia