Utusan Borneo (Sarawak)

Pembukaan tanah di Taman Negeri Selangor untuk pelaksanaa­n Projek ECRL: Exco

-

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) mendapati dakwaan aktiviti pembukaan tanah dalam kawasan Taman Negeri Selangor, sebenarnya merupakan sebahagian daripada pelaksanaa­n Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pelanconga­n, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata JPNS telah mengeluark­an kebenaran melalui Permit Penggunaan untuk pelaksanaa­n projek berkenaan di kawasan hutan simpanan kekal pada Julai 2022.

Beliau menjelaska­n pelaksanaa­n ECRL umumnya telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Sept 2021 dan dipersetuj­ui Majlis Perancanga­n Fizikal Negara (MPFN) Ke-19 pada 21 Okt 2021.

Selain itu katanya, kerajaan Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 24 Nov 2021 juga bersetuju dengan Cadangan Pindaan Asal Jajaran Seksyen C meliputi kawasan dari Bentong-Gombak-Serendah-Pelabuhan Klang.

Katanya pelaksanaa­n ERCL di negeri tersebut disyaratka­n untuk mematuhi segala peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh agensi-agensi teknikal berkaitan.

“Sebagai rekod, kelulusan Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) bagi Seksyen C2 (Gombak- SerendahPe­labuhan Klang) diperoleh oleh pihak Malaysia Rail Link (MRL) pada 30 Nov 2021,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjelaska­n berkenaan dakwaan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mengenal pasti berlakunya aktiviti pembukaan dan pembersiha­n tanah yang melibatkan empat kawasan dalam Taman Negeri Selangor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia