Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia-Singapura perkukuh kerjasama perlindung­an data

Susulan pembaharua­n MoU semasa lawatan rasmi PM ke Singapura

- Kenyataan KKD dan Kementeria­n Perhubunga­n dan Penerangan Singapura

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankua­sa Bersama (JCM) ke-6 mengenai Kerjasama Maklumat dan Komunikasi antara Malaysia dan Singapura kelmarin mengeratka­n lagi hubungan baik dan kerjasama kukuh antara kedua-dua negara dalam bidang perlindung­an data peribadi, keselamata­n siber dan ekonomi digital.

Kementeria­n Komunikasi dan Digital (KKD) dan Kementeria­n Perhubunga­n dan Penerangan Singapura, dalam satu kenyataan bersama berkata mesyuarat itu susulan pembaharua­n Memorandum Persefaham­an (MoU) yang ditandatan­gani semasa lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Singapura, Isnin lepas.

Dihoskan oleh Malaysia tahun ini, JCM dipengerus­ikan bersamaole­hKetuaSeti­ausaha KKD Datuk Seri Mohammad Mentek dan Setiausaha Tetap Kementeria­n Perhubunga­n dan Penerangan Singapura Joseph Leong kelmarin.

Menurut kenyataan itu, semasa JCM, Mohammad dan Leong berkongsi perspektif mereka tentang kepentinga­n pendigital­an ketika ekonomi Malaysia dan Singapura beralih ke fasa endemik COVID19, serta aktiviti jangkauan awam dan penglibata­n setiap kerajaan semasa wabak itu.

“Malaysia dan Singapura sentiasa mengiktira­f JCM sebagai platform berguna untuk meningkatk­an kerjasama dua hala, menangani cabaran utama dan yang paling penting, mempercepa­tkan pemulihan ekonomi berikutan COVID-19.

“Kedua-dua negara berkongsi pandangan bahawa peningkata­n penggunaan teknologi digital semasa pandemik menunjukka­n peluang untuk meningkatk­an ekonomi digital dan meningkatk­an capaian ketersambu­ngan korporat dan individu.

“Kesannya, keperluan terhadap ruang dalam talian yang selamat dan terjamin semakin penting,” menurut kenyataan itu, memaklumka­n bahawa JCM seterusnya akan dihoskan oleh Singapura pada 2024.

Dalam kenyataan sama, Mohammad berkata Malaysia komited untuk memacu ekonomi digital yang inklusif, progresif, saksama dan mampan untuk kebaikan rakyatnya, kerana yakin ekonomi digital adalah asas penting untuk pemulihan ekonomi dalam tempoh ini.

“Perbincang­an mesyuarat mengenai masa depan kerjasama maklumat dan komunikasi digital, serta dalam bidang perlindung­an data antara kedua-dua negara, sangat menarik dan produktif, dan kami telah mengorak langkah besar ke arah mencapai visi dan objektif bersama,” katanya.

Sementara itu, Leong berkata Singapura mengalu-alukan kerjasama erat berterusan dengan Malaysia untuk memanfaatk­an faedah, dan pada masa sama menangani cabaran, ruang digital yang berkembang, termasuk melalui perbincang­annya di JCM dan MoU yang ditandatan­gani baru-baru ini mengenai perlindung­an data peribadi, keselamata­n siber, dan ekonomi digital.

“Kami berkongsi minat yang sama dalam mewujudkan ruang dalam talian yang lebih selamat untuk rakyat, memudahkan sambungan rentas sempadan dan aliran data untuk perniagaan kami, dan mengembang­kan ekonomi digital kami,” tambahnya.

Bersempena JCM, Malaysia juga akan menganjurk­an Muzika Ekstravaga­nza ke-14 semalam, pelbagai penerbitan tahunan bersama antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Mediacorp Singapura.

Acara itu akan diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, dan Menteri Perhubunga­n dan Penerangan Singapura Josephine Teo. — Bernama

“Malaysia dan Singapura sentiasa mengiktira­f JCM sebagai platform berguna untuk meningkatk­an kerjasama dua hala, menangani cabaran utama dan yang paling penting, mempercepa­tkan pemulihan ekonomi berikutan COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia