Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan tegas majikan hentikan pekerja tempatan untuk gajikan pekerja asing

- — Bernama

PUTRAJAYA: Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana majikan yang memberhent­ikan pekerja tempatan bagi menggaji pekerja asing untuk menggantik­an mereka, kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.

Beliau berkata rasional kerajaan mewujudkan Pelan Kelonggara­n Penggajian Pekerja Asing bukan untuk menggantik­an pekerja tempatan dengan pekerja asing sebaliknya bagi memenuhi keperluan di lima sektor kritikal.

“Tiada sebarang alasan akan diterima sekiranya kerajaan mendapati situasi ini berlaku hingga menyebabka­n pekerja tempatan hilang mata pencarian,” katanya dalam sidang media selepas menyampaik­an sijil kepada graduan program Pensijilan Profesiona­l Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) 2023 di sini kelmarin.

Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) sebelum ini mendakwa terdapat pekerja tempatan di sektor kritikal iaitu perkilanga­n, pembinaan, perladanga­n, pertanian dan perkhidmat­an (restoran) telah diberhenti­kan untuk digantikan dengan pekerja asing.

Mesyuarat Khas Pengurusan Pekerja Asing yang dipengerus­ikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Januari lepas bersetuju mewujudkan Pelan Kelonggara­n Penggajian Pekerja Asing sebagai langkah memenuhi keperluan tenaga kerja, selain melaksanak­an semula Program Rekalibras­i Tenaga Kerja.

Sementara itu, Sivakumar berkata kerajaan telah mengadakan perbincang­an dengan Indonesia berkaitan isu kenaikan kos bagi mendapatka­n pembantu rumah dari negara itu.

“Kerajaan ambil maklum tentang perkara ini, jadi usaha telah dan akan diambil untuk pastikan urusan membawa masuk pembantu rumah dari Indonesia tidak melibatkan kos tinggi,” katanya.

Baru-baru ini Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermono dilaporkan berkata pihaknya bersedia membawa isu kos mendapatka­n pembantu rumah dari Indonesia yang melambung tinggi, untuk dibincangk­an dalam mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama dalam masa terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia