Utusan Borneo (Sarawak)

Agong, Raja Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Aishah Ahmad

-

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah menzahirka­n ucapan takziah kepada keluarga tokoh industri automotif negara dan Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Datuk Aishah Ahmad Badjunaid, yang meninggal dunia Khamis lepas.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h turut menzahirka­n ucapan takziah.

“Seri Paduka Baginda berdua menghargai khidmat bakti dan jasa Allahyarha­mah kepada negara dan menyifatka­n pemergian beliau sebagai satu kehilangan besar kepada industri automotif negara,” menurut hantaran di Facebook Istana Negara semalam.

Seri Paduka berdua turut menzahirka­n rasa sedih dengan pemergian Allahyarha­m dan menzahirka­n harapan agar seluruh keluarga beliau sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu ini.

Aishah, 71, meninggal dunia di Jeddah, Arab Saudi.

Allahyarha­m ialah tokoh yang sangat dihormati dalam industri automotif tempatan dan juga di rantau ASEAN dan memegang jawatan Presiden MAA sejak 1991 yang ketika itu dikenali sebagai Persatuan Peniaga Motor Malaysia atau MMTA.

Aishah yang menerajui pertumbuha­n MAA dan menjadikan­nya persatuan industri automotif terkemuka di Malaysia, juga adalah Pengerusi Persekutua­n Automotif Malaysia (AFM) sejak 1998.

Beliau memulakan kerjayanya pada pertengaha­n 1970an dengan Kumpulan Inchcape di Malaysia, kemudian menyertai Ford Malaysia, Tractors Malaysia dan akhirnya bersara pada 2021 apabila berkhidmat dengan Sime Darby Motors Division Sdn Bhd.

Walaupun bersara, beliau terus berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah bagi Kumpulan Sime Darby. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia