Utusan Borneo (Sarawak)

Fatwa tidak bercanggah dengan nilai-nilai konsep bangsa Johor: Sultan Johor

- JOHOR BAHRU:

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah bahawa fatwa melarang umat Islam mengambil bahagian dalam ritual agama lain di negeri ini tidak bercanggah dengan nilai toleransi, perpaduan dan persefaham­an antara agama.

Titah baginda, kepelbagai­an kaum dan agama dianuti rakyat berbilang kaum seperti di bawah konsep Bangsa Johor akan sentiasa diiktraf dan dihormati di negeri ini.

“Fatwa itu hanya melarang umat Islam daripada mengambil bahagian dalam ritual agama lain. Ia adalah garis panduan untuk mereka. Meraka masih boleh menghadiri majlis perayaan agama lain.

Agama lain juga mesti menghormat­i sensitivit­i umat Islam. Ia adalah jalan dua hala. Kita mesti peka terhadap kewajipan agama masing-masing untuk berbaik-baik,” titah Sultan Ibrahim, dalam kenyataan menerusi Facebookny­a, kelmarin. Baginda bertitah semua agama menekankan nilai-nilai murni seperti belas kasihan, hormat-menghormat­i, toleransi, kesederhan­aan dan kebaikan.

Sultan Ibrahim turut bertitah rakyat Malaysia harus memberi tumpuan terhadap nilai-nilai bersama ini yang menyatukan masyarakat dan bukannya perbezaan kaum atau agama.

“Saya harap dengan penjelasan ini, kita dapat menghentik­an sebarang kekeliruan mengenai fatwa baharu itu kerana ia hanya menjelaska­n perkara yang dibenarkan kepada umat Islam dan dilarang dalam Islam.“Jika anda masih keliru, sila berjumpa Mufti negeri untuk penjelasan lanjut,” titah baginda.

Sultan Ibrahim telah memperkena­n fatwa tersebut yang dikeluarka­n oleh Majlis Agama Islam Johor (MAINJ), pada Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia