Utusan Borneo (Sarawak)

CUEPACS saran tempoh bayaran pinjaman dipanjangk­an, elak rakyat muflis

-

Kementeria­n Kewangan dan Bank Negara Malaysia diminta meneliti had tempoh bayaran pinjaman supaya dapat dipanjangk­an, bagi meningkatk­an pendapatan boleh guna rakyat dan mengelakka­n masalah muflis.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) Datuk Adnan Mat berkata langkah itu wajar dilaksanak­an bagi membolehka­n jumlah bayaran balik pinjaman lebih rendah sekali gus membantu rakyat yang sedang berdepan dengan peningkata­n kos sara hidup serta kesan pasca-COVID-19.

Katanya, ia termasuk bayaran pembiayaan peribadi untuk dipanjangk­an dari 10 tahun kepada 20 tahun dan bayaran semula pinjaman yang rendah ini membolehka­n rakyat mempunyai lebih banyak pendapatan boleh guna untuk dibelanjak­an.

“Secara keseluruha­nnya, langkah ini dijangka merancakka­n semula ekonomi kerana pendapatan boleh guna rakyat bertambah dan dapat mengurangk­an tekanan hidup. Lebih penting adalah ia mampu memberi peluang kedua kepada rakyat yang mungkin terhimpit sehingga perlu melalui proses kebankrapa­n menstruktu­r semula kewangan mereka. Dalam masa sama, operasi perniagaan koperasi kredit dan institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara boleh berkembang semula,” katanya dalam kenyataan semalam.

Adnan berkata CUEPACS mengambil maklum laporan media mengenai jumlah 49,133 kes kebankrapa­n yang ditadbir Jabatan Insolvensi sejak 2018 yang mencatatka­n hutang pinjaman peribadi serta sewa beli kenderaan antara faktor utama yang menyebabka­n rakyat negara ini jatuh bankrap sejak lima tahun lepas.

Katanya, rekod kebankrapa­n dalam kalangan pekerja di sektor awam dilihat tidak begitu membimbang­kan iaitu kira-kira 9.06 peratus atau 4,449 orang.

“Ini kerana pendedahan terhadap pengurusan kewangan baik yang diterapkan perkhidmat­an awam ke atas anggotanya secara berterusan telah meningkatk­an kesedaran penjawat awam dalam menguruska­n kewangan supaya tidak terjerat dalam kancah hutang.

“Bagaimanap­un, CUEPACS melahirkan sedikit kebimbanga­n keperluan rakyat ketika ini yang terpaksa berhutang bagi meneruskan kehidupan disebabkan gaji yang tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup yang tinggi ketika ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia