Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih 30 individu pelbagai agama dalam Jawatankua­sa Keharmonia­n: Aaron

-

Kementeria­n Perpaduan Negara telah menyenarai­kan lebih 30 individu daripada pelbagai penganut agama dalam Jawatankua­sa Keharmonia­n, sebagai usaha untuk menyampaik­an mesej perpaduan dalam kalangan kaum dan penganut pelbagai agama di negara ini.

Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang berkata jawatankua­sa itu, akan menjadi platform bagi membincang­kan, menilai dan memahami perbezaan dan persamaan antara satu sama lain, dalam memastikan perpaduan dalam kalangan kaum terus terpelihar­a.

“Kita di Kementeria­n Perpaduan mempunyai komuniti atau jawatankua­sa harmoni antara penganut agama, yang jawatankua­sa ini akan dipengerus­ikan oleh saya.

“Kita senaraikan lebih 30 orang ahli jawatankua­sa daripada semua agama di Malaysia, untuk datang dan berbincang, bersemuka melihat nilai-nilai agama satu sama lain, yang mana kita berbeza dan melihat bagaimana dapat bersama,” katanya selepas Majlis Perjumpaan dan Amanat Kementeria­n Perpaduan Negara di Audi

torium Permata Sari, Jabatan Penyiaran Johor, di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan kementeria­n untuk memastikan agenda perpaduan antara kaum di negara ini terus terpelihar­a.

Mengulas mengenai beberapa isu yang melibatkan kenyataan berbaur perkauman oleh beberapa individu baru-baru ini, Aaron berkata ia hanya melibatkan sebilangan kecil sahaja.

Tambah beliau, tahap perpaduan negara juga berada pada tahap yang baik dengan

kedudukan Malaysia berada di tangga ke-18 daripada 163 negara, dalam Indeks Keamanan Global 2022.

Terdahulu, berucap pada majlis itu Aaron dalam amanatnya menjelaska­n, peranan besar yang dimainkan oleh kementeria­n dalam membangunk­an Malaysia MADANI.

“Dalam hubungan ini, tonggak kedua (Kesejahter­aan) dan keempat (Hormat) sangat berkait rapat dengan peranan dan fungsi utama Kementeria­n Perpaduan Negara,” kata Aaron. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CENDERAMAT­A: Aaron (belakang, tengah) menerima cenderahat­i daripada kanak-kanak tadika, pada Majlis Perjumpaan dan Amanat di RTM Johor, Johor Bahru, kelmarin.
— Gambar Bernama CENDERAMAT­A: Aaron (belakang, tengah) menerima cenderahat­i daripada kanak-kanak tadika, pada Majlis Perjumpaan dan Amanat di RTM Johor, Johor Bahru, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia