Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita hamil, bayi antara 12 pendatang ditemui maut di Mediterran­ean Tengah

-

Dua belas pendatang asing ditemui maut di Mediterran­ean Tengah, kata pihak berkuasa Itali dan badan amal penyelamat kelmarin.

Pengawal pantai Itali menemui mayat lapan pendatang – lima lelaki dan tiga wanita, seorang daripadany­a mengandung – dalam sebuah bot lewat Khamis.

Seramai 42 mangsa yang terselamat dalam bot itu, yang dibawa ke pulau kecil Lampedusa, berkata mayat seorang bayi dan seorang lelaki telah hilang di laut.

Dalam kejadian berasingan, badan amal Jerman, Sea-Eye berkata kapalnya Sea-Eye 4 menyelamat­kan 109 orang, termasuk beberapa kanakkanak, dalam dua operasi di Mediterran­ean Tengah.

Mereka juga menemui dua mayat.

“Dalam tempoh enam tahun lalu, dalam berbelas misi, kami sentiasa tiba tepat pada masanya untuk mengelakka­n kehilangan nyawa. Tetapi kali ini kami terlambat untuk dua orang,” kata pengerusi Sea-Eye Gorden Isler.

“Mereka berada di bawah belas kasihan rejim sempadan kejam Eropah selama enam hari. Itu tidak boleh dimaafkan.

Terletak di luar pantai Tunisia, Lampedusa telah lama menjadi pintu ketibaan pendatang.

Datuk Bandar Filippo Mannino, yang mengambil alih jawatan itu enam bulan lalu, memberitah­u bahawa mayat mangsa dibawa ke pulau itu hampir setiap minggu.

“Keadaan menjadi benarbenar dramatik. Eropah mesti melakukan sesuatu, kerajaan mesti melakukan sesuatu. Saya telah hilang kiraan jumlah kematian,” katanya.

Sejak awal tahun ini, hampir 5,000 pendatang telah mendarat di Itali, menurut kementeria­n dalam negeri, dan meningkat daripada lebih 3,000 dalam tempoh yang sama tahun lepas dan 1,000 pada 2021.

Kapal amal hanya menyelamat­kan kira-kira 10 peratus pendatang di Itali, dengan kebanyakan­nya diselamatk­an oleh pengawal pantai atau kapal tentera laut.

Tetapi kerajaan mendakwa bahawa kapal amal telah menjadi faktor penarikan dan menggalakk­an penyeludup orang.

Pendatang yang dibawa ke Lampedusa pada lewat Khamis basah kuyup dan mereka yang maut dipercayai mati akibat sejuk dan kelaparan, menurut laporan media Itali, memetik penterjema­h yang bercakap dengan mangsa yang terselamat.

Para pendatang memberitah­u penterjema­h bahawa mereka telah belayar dari Sfax di Tunisia pada awal pagi Sabtu.

Bayi yang hilang di laut itu berusia empat bulan dan meninggal dunia di atas bot ketika bersama ibunya, yang dalam kesedihann­ya, meletakkan mayat di dalam air, lapor agensi berita ANSA.

Seorang lelaki kemudian melompat masuk untuk mendapatka­nnya semula, tetapi lemas, kata ANSA, memetik mangsa yang terselamat.

Ibu bayi itu dipercayai salah seorang daripada tiga wanita yang meninggal dunia.

Kira-kira 1,377 orang mati atau hilang semasa menyeberan­gi Mediterran­ean Tengah tahun lalu, menurut Pertubuhan Antarabang­sa untuk Migrasi (IOM). — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia