Utusan Borneo (Sarawak)

Perkahwina­n kanak-kanak bawah umur, lebih 2,000 ditahan di India

-

Lebih 2,000 orang ditahan di kawasan pedalaman India kelmarin selepas tindakan keras kerajaan ke atas perkahwina­n kanak-kanak bawah umur, kata polis.

India mempunyai lebih 220 juta pengantin bawah umur, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun jumlah perkahwina­n kanak-kanak telah menurun secara mendadak abad ini.

Kempen dua minggu pihak polis di negeri Assam bermula kelmarin selepas ketua menteri Himanta Biswa Sarma meminta bantuan orang ramai untuk menghapusk­an “amalan jahat” itu.

Sarma berkata, hampir satu daripada setiap lapan wanita di Assam terpaksa beranak sebelum berusia 18 tahun yang menyumbang­kan kepada kadar kematian bayi dan ibu yang tinggi di negeri ini.

Ketua Pengarah Polis negeri GP Singh berkata 2,044 orang ditangkap pada hari pertama, termasuk 52 imam dan pihak berkuasa undang-undang yang telah mempengeru­sikan perkahwina­n.

Singh berkata remaja perempuan seawal usia 12 tahun dikahwinka­n dengan lelaki di negeri ini dan polis mempunyai 4,074 kes untuk disiasat.

Umur perkahwina­n yang sah di India ialah 18 tahun tetapi berjuta-juta kanakkanak terpaksa mengikat tali pertunanga­n ketika mereka masih muda, terutamany­a di kawasan luar bandar yang lebih miskin.

Ramai ibu bapa mengahwink­an anak-anak mereka dengan harapan dapat menambah baik keadaan kewangan mereka.

Hasilnya boleh membawa kesan buruk, dengan kanak-kanak perempuan berhenti sekolah untuk memasak dan membersihk­an untuk suami mereka selain mengalami masalah kesihatan akibat melahirkan anak pada usia muda.

Dalam undang-undang penting pada 2017, mahkamah tertinggi India menentukan bahawa seks dengan isteri bawah umur merupakan rogol, dalam keputusan yang dipuji oleh aktivis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia