Utusan Borneo (Sarawak)

Belon pengintip China dikesan di ruang udara AS

Meletakkan tentera, perkhidmat­an perisikan AS dan Kanada dalam keadaan berjaga-jaga

-

WASHINGTON: Sebuah belon pengintip disyaki milik China telah dikesan terapung di ruang udara Amerika Syarikat (AS), menurut Pentagon.

Penemuan itu telah meletakkan tentera dan perkhidmat­an perisikan Amerika Syarikat dan Kanada dalam keadaan berjaga-jaga, tetapi Pentagon berkata ia tidak merancang untuk menembakny­a.

Seorang pegawai pertahanan AS berkata belon itu memasuki ruang udara AS “beberapa hari lalu” tetapi lokasi sebenar belum dikongsi.

Ia terbang di atas negeri Montana yang luas, yang bersempada­n dengan Kanada, dan pada ketinggian yang jauh di atas lalu lintas udara komersial.

Belon itu terbang di Kepulauan Aleutian di utara Lautan Pasifik, dan kemudian melintasi ruang udara Kanada ke Amerika Syarikat, kata media AS, memetik pegawai pertahanan.

Laporan yang sama memetik pegawai itu berkata bahawa belon itu sebesar tiga buah bas.

Pegawai kanan Pentagon itu berkata AS “berkeyakin­an sangat tinggi” bahawa ia ialah belon China.

“Kami tidak ragu-ragu bahawa ini ialah belon PRC,” kata pegawai itu, menggunaka­n akronim untuk Republik Rakyat China.

China berkata ia sedang berusaha untuk mengesahka­n dakwaan AS itu.

Belon itu sangat besar dan memusnahka­nnya akan menyebabka­n hujan serpihan, sekali gus membahayak­an keselamata­n orang ramai di darat, kata pegawai AS.

Pentagon mempertimb­angkan pilihan termasuk menembakny­a di kawasan yang tidak ramai penduduk, tetapi risiko masih terlalu tinggi, kata pegawai kanan pertahanan.

Belon itu memilih laluan “beberapa tapak sensitif,”

kata pegawai kanan Pentagon ketika ditanya mengenai kehadiran silo peluru berpandu nuklear di Montana.

“Jelas mereka cuba menerbangk­an belon ini di atas tapak sensitif untuk mengumpul maklumat,” tambah pegawai itu.

Bagaimanap­un, teknologi belon berkenaan tidak membawa “pendedahan besar” dan pemerhatia­nnya tidak sejelas apa yang pihak China mampu lihat melalui cara lain seperti satelit pengintipn­ya, kata pegawai itu.

China telah menghantar belon sedemikian ke AS dalam beberapa tahun kebelakang­an ini, kata pegawai kanan Pentagon.

Pegawai itu tidak berkongsi butiran, tetapi menjelaska­n bahawa penerbanga­n itu telah dikesan sejak pentadbira­n presiden terdahulu Donald Trump.

Walau bagaimanap­un, ini kali pertama belon China berlegar di ruang udara AS untuk tempoh yang panjang.

Belon telah digunakan untuk tujuan ketenteraa­n dan pengintipa­n selama lebih satu abad, termasuk oleh AS selepas Perang Dunia Kedua.

Tetapi kemunculan zaman angkasa lepas dan kemajuan dalam penerbanga­n bermakna satelit dan pesawat pengintip boleh melihat wilayah musuh dengan lebih jelas.

Namun, projek pembanguna­n belon moden sedang dijalankan di beberapa negara, termasuk AS, China dan Perancis.

Pakar berkata belon lebih murah untuk dibina dan beroperasi dan boleh kekal di udara untuk tempoh yang lama.

China juga telah melabur dalam pembanguna­n belon tentera, mempamerka­n model yang lebih kecil di Pertunjuka­n Udara Zhuhai pada 2021 dan menurut media negara itu ia mampu melakukan peninjauan dan pengesanan ancaman.

 ?? — Gambar AFP ?? BELON PENGINTIP: Gambar serahan Chase Doak diambil pada Rabu lepas menunjukka­n belon pengintip yang disyaki milik China terapung di ruang udara di negeri Montana.
— Gambar AFP BELON PENGINTIP: Gambar serahan Chase Doak diambil pada Rabu lepas menunjukka­n belon pengintip yang disyaki milik China terapung di ruang udara di negeri Montana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia