Utusan Borneo (Sarawak)

Beyonce-Adele sekali lagi menjadi tumpuan utama di Anugerah Grammy

Queen Bey berdepan saingan hebat daripada Adele dalam kategori utama selepas sebelum ini pernah kalah di tangan penyanyi ‘Easy On Me’ itu

-

SEJUMLAH bintang yang paling bersinar dalam muzik pop akan bersaing untuk anugerah teratas industri di Grammy dalam satu majlis yang diadakan di Los Angeles pada Ahad, dengan pertanding­an sekali lagi antara Beyonce-Adele pastinya akan menjadi tumpuan utama.

Kendrick Lamar, Harry Styles dan Taylor Swift juga antara pesaing utama di gala yang disasarkan untuk menjadi paling ramai bintang sejak kebelakang­an ini.

Acara, yang pastinya sarat dengan persembaha­n termasuk lagu-lagu daripada pesaing utama Styles, Bad Bunny, Lizzo dan Mary J. Blige, akan dihoskan sekali lagi oleh pelawak Trevor Noah.

Beyonce mendahului dengan sembilan peluang untuk mendapatka­n emas Grammy, diikuti penyanyi rap Lamar dengan lapan.

Adele dan seorang lagi penyanyi balada Brandi Carlile masingmasi­ng mendapat tujuh pencalonan.

Malam terbesar muzik itu menyusul selepas setahun yang penuh dengan album blokbuster, termasuk album Beyonce ‘Renaissanc­e’, koleksi lagu-lagu kelab yang mengujakan, dan oda instrospek­tif Adele menerusi ‘30’.

Dua album itu akan bersaing dalam kategori paling berprestij, enam tahun selepas penyanyi British itu mengalahka­n Queen Bey.

Kemenangan besar Adele pada tahun 2017

membuatkan keduaduany­a menangis, dengan Adele mengatakan Beyonce adalah ‘idola’ beliau dan memberitah­u audiens album Beyonce sepatutnya yang menang.

Tahun ini, Billboard meramalkan Beyhive akan bergembira untuk kemenangan album terbaik ratu mereka, manakala pemerhati industri merasakan Adele mempunyai peluang yang cerah untuk rakaman terbaik, anugerah untuk persembaha­n keseluruha­n lagu, untuk single ‘Easy On Me’.

Namun semua itu belum lagi pasti kerana Grammy sebelum ini sering membuat kejutan dalam

senarai pemenangny­a.

Bagaimana pun, dengan pencalonan tahun ini, Beyoncé dan suaminya Jay-Z terus melakar sejarah sebagai artis paling banyak dicalonkan dalam sejarah Grammy, masing-masing dengan 88 pencalonan setiap seorang.

Bintang pop itu dicalonkan dalam pelbagai kategori utama termasuk menerusi album ‘Break My Soul’ yang dicalonkan untuk kategori Record of the Year dan Lagu Terbaik manakala ‘Renaissanc­e’ tercalon bagi kategori Album Terbaik.

Sebagai seorang wanita yang memenangi paling banyak Grammy, jika Beyonce berjaya mencatat empat lagi kemenangan pada Ahad ini, beliau akan mengambil alih kedudukan konduktor klasikal Georg Solti sebagai artis paling banyak memenangi Grammy.

Pada waktu ini, Beyonce berada di kedudukan yang sama dengan pemain kuasa besar muzik Quincy Jones.

Selepas beberapa tahun Grammy mempunyai calon utama yang jelas dalam kategori Artis Baharu Terbaik seperti Olivia Rodrigo, Megan Thee Stallion dan Billie Eilish, pertanding­an pada Ahad ini masih lagi terbuka luas.

Kategori itu semakin bertambah elektik dan reflektif seiring dengan kesan internet ke atas muzik popular, dan ramai daripada calon termasuk Anitta dari Brazil, kumpulan rock Eurovision Maneskin dan penyanyi rap Latto menemui kemasyhura­n tular di TikTok.

Anugerah Grammy tahunan dianjurkan Recording Academy untuk mengiktira­f pencapaian dalam industri muzik Amerika Syarikat.

Anugerah Grammy tahunan ke-65 akan kembali ke Arena Crypto. com Los Angeles pada 5 Februari 2023.

 ?? ??
 ?? — Gambar AFP ?? PENENTUAN: Gambar menunjukka­n Adele semasa tiba untuk Anugerah BRIT 2022 di London manakala gambar kanan menunjukka­n Beyonce tiba untuk tayangan perdana dunia filem ‘The Lion King’ Disney di Hollywood, pada 9 Julai 2019. Beyoncé mendominas­i pencalonan Anugerah Grammy ke-65 selepas dicalonkan dalam sembilan kategori, di hadapan penyanyi rap Kendrick Lamar, Adele dan Brandi Carlile.
— Gambar AFP PENENTUAN: Gambar menunjukka­n Adele semasa tiba untuk Anugerah BRIT 2022 di London manakala gambar kanan menunjukka­n Beyonce tiba untuk tayangan perdana dunia filem ‘The Lion King’ Disney di Hollywood, pada 9 Julai 2019. Beyoncé mendominas­i pencalonan Anugerah Grammy ke-65 selepas dicalonkan dalam sembilan kategori, di hadapan penyanyi rap Kendrick Lamar, Adele dan Brandi Carlile.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia