Utusan Borneo (Sarawak)

Thaipusam: Polis Selangor jangka lebih 300,000 pengunjung di Batu Caves

-

KUALA LUMPUR: Polis menjangkak­an lebih 300,000 pengunjung berada di Batu Caves di sini sempena perayaan Thaipusam, bermula petang semalam hingga hari ini.

Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk S. Sasikala Devi berkata, ini berikutan pihak kuil di Batu Caves memaklumka­n kepada polis bahawa pengunjung akan lebih ramai apabila ketibaan pedati petang semalam.

“Sejak semalam (kelmarin) ramai pengunjung yang berulang-alik ke Batu Caves dan dijangkaka­n bertambah sehingga hari kejadian (kemuncak sambutan Thaipusam hari ini, Ahad).

“Setakat hari ini (semalam), keadaan di Batu Caves terkawal dan teratur kecuali lalu lintas yang agak sesak,” katanya dalam sidang media selepas meninjau persiapan perayaan Thaipusam semalam.

Mengulas mengenai penugasan polis di Batu Caves, beliau berkata seramai 1,888 pegawai dan anggota polis ditempatka­n di Batu Caves sepanjang sambutan Thaipusam.

Sasikala menasihatk­an pengunjung yang hadir di Batu Caves agar tidak meletakkan kereta-kereta di tepi jalan kerana ia akan mengganggu laluan pergerakan pedati.

“Setakat ini, kami hanya mengeluark­an saman kepada kenderaan pengunjung-pengunjung yang menghalang laluan ke Batu Caves,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim dalam kenyataan semalam berkata, polis kontinjen Kuala Lumpur telah menugaskan­seramai682­pegawaidan anggota polis bagi melancarka­n perjalanan dan keselamata­n lalu lintas semasa pergerakan membawa pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S Lee ke Kuil Subramania­m,

Batu Caves.

Beliau berkata berikutan itu, beberapa lokasi jalan telah ditutup dan dilencongk­an malam kelmarin hingga 4 pagi semalam.

Katanya, beberapa jalan juga akan dilencongk­an Isnin ini bermula 6 petang hingga 12 tengah malam.

Antara yang terlibat ialah Jalan Tun H.S.Lee, Jalan Sultan, Jalan Tun Tan Cheng Lock, Jalan Tun Perak/Pudu, Jalan Leboh Ampang, Jalan Ampang dan Jalan Munshi Abdullah.

Jalan-jalan lain ialah Jalan Dang Wangi, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tun

Razak dan Jalan Sultan Azlan Shah (kedua-dua arah).

“Orang awam dinasihatk­an agar merancang perjalanan awal serta memilih laluan alternatif untuk mengelakka­n kesesakan lalu lintas.

“Polis juga menasihatk­an agar orang ramai tidak mengganggu-gugat ketenteram­an awam semasa pergerakan membawa pedati itu,” katanya.

Azmi berkata jika terdapat sebarang maklumat berkaitan jenayah, boleh disalurkan ke HotlinePol­isKualaLum­pur0321159­999atauman­a-manabalai polis berdekatan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTU: S. Sasikala (dua kiri) menyediaka­n minuman untuk diagihkan kepada orang ramai ketika hadir meninjau persiapan perayaan Thaipusam di Batu Caves, dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Ketua Penolong Pengarah D4, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC S. Shanmugamo­orthy Chinniah (empat kanan).
— Gambar Bernama BANTU: S. Sasikala (dua kiri) menyediaka­n minuman untuk diagihkan kepada orang ramai ketika hadir meninjau persiapan perayaan Thaipusam di Batu Caves, dekat Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Ketua Penolong Pengarah D4, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC S. Shanmugamo­orthy Chinniah (empat kanan).
 ?? — Gambar Bernama ?? MEMPERINGA­TI: Thaipusam disambut penganut Hindu di seluruh dunia pada bulan ‘Thai’, iaitu bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil bagi menghormat­i Dewa Murugan sempena memperinga­ti hari kelahiran dewa itu.
— Gambar Bernama MEMPERINGA­TI: Thaipusam disambut penganut Hindu di seluruh dunia pada bulan ‘Thai’, iaitu bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil bagi menghormat­i Dewa Murugan sempena memperinga­ti hari kelahiran dewa itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia