Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM tunggu dasar KDN berikutan kebenaran jual bunga api, mercun

PDRM ikut apa jua garis panduan KDN demi keselamata­n orang ramai: KPN

- Ketua Polis Negara — Bernama

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu dasar dan garis panduan daripada Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) berhubung kebenaran aktiviti pembakaran serta penjualan bungai api dan mercun.

Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM mengikuti apa jua garis panduan dan dasar yang ditetapkan KDN berikutan pelaksanaa­n perkara tersebut demi menjamin keselamata­n orang ramai.

“Saya baru tahu tentang perkara ini dan saya menunggu apakah dasar daripada KDN berikutan pelaksanaa­n perkara tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir program Hiking Polis Diraja Malaysia Bersama Komuniti Peringkat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Taman Persekutua­n Bukit Kiara, di sini, semalam.

Kelmarin, Bernama melaporkan aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun dalam negara akan dibenarkan tidak lama lagi, tertakluk kepada peraturan serta garis panduan baharu yang akan dikeluarka­n.

Menteri Pembanguna­n Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dilaporkan berkata perkara itu dipersetuj­ui dalam mesyuarat Jemaah Menteri tiga hari lepas, sebagai antara langkah yang boleh meningkatk­an pendapatan

Saya baru tahu tentang perkara ini dan saya menunggu apakah dasar daripada KDN berikutan pelaksanaa­n perkara tersebut.

Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani

negara dan kerajaan akan mengawal aktiviti penjualann­ya di peringkat sumber iaitu pemborong dan pengimport.

Turut hadir pada program itu Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim.

Mengenai acara yang melibatkan kira-kira 200 peserta yang terdiri daripada anggota polis serta masyarakat setempat Bukit Kiara dan wakil penduduk sekitar, Acryl Sani berkata ia merupakan inisiatif pihaknya untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat.

Ditanya mengenai isu seorang wanita tidak dibenarkan memasuki balai polis kerana tidak menepati etika pemakaian, beliau berkata kod etika pemakaian ketika berurusan di pejabat kerajaan harus dipatuhi, namun ia diberikan kelonggara­n sekiranya terdapat sebarang hal kecemasan.

Beliau berkata dalam arahan Ketua Setiausaha Negara, memang ada arahan mengenai tatacara berpakaian apabila berurusan di pejabat kerajaan, namun ketua jabatan

atau agensi masing-masing dengan budi bicara akan menentukan bentuk tatacara berpakaian yang akan dilaksanak­an.

“Pejabat kerajaan ini merupakan pejabat yang ramai orang berurusan. Pelbagai lapisan masyarakat ada di situ, jadi kita ingin menunjukka­n kepada masyarakat bahawa jabatan kerajaan ini adalah tempat yang masyarakat berurusan dalam keadaan tertib dan sopan.

“… tetapi dalam keadaan kecemasan, mungkin ia boleh dibuat kelonggara­n. Kita

harus melihat apa bentuk kecemasan tersebut atau kecemasan itu boleh diberi kelonggara­n,” katanya.

Terdapat laporan media, seorang wanita yang mahu membuat laporan polis berikutan kemalangan kereta mendakwa tidak dibenarkan masuk ke balai polis Kajang kerana memakai seluar pendek.

Wanita berkenaan kemudian meminta kakaknya untuk membawakan sepasang seluar panjang dan barulah dibenarkan masuk ke balai itu.

 ?? — Gambar Bernama ?? TERTARIK: Hannah bersama Acryl Sani melihat ‘Bat Flower’ yang terdapat di Hutan Simpan Bukit Kiara ketika program Hiking Polis Diraja Malaysia Bersama Komuniti Peringkat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Taman Persekutua­n Bukit Kiara dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama TERTARIK: Hannah bersama Acryl Sani melihat ‘Bat Flower’ yang terdapat di Hutan Simpan Bukit Kiara ketika program Hiking Polis Diraja Malaysia Bersama Komuniti Peringkat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di Taman Persekutua­n Bukit Kiara dekat Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia