Empat wanita antara lima ditahan berhubung kes bunuh rakan sekerja
Polis menahan lima individu termasuk empat wanita kerana dipercayai terlibat dalam kejadian bunuh seorang lelaki warga India yang mayatnya ditemui ditanam di kawasan lereng bukit, di belakang sebuah banglo, di Subang Jaya, Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata kesemua suspek yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 35 tahun itu, terdiri daripada dua wanita warga tempatan, seorang wanita warga Indonesia dan India serta seorang lelaki warga India.
Katanya, mereka yang merupakan pekerja sebuah pusat jagaan orang tua, ditahan pada Khamis lepas dan kelmarin (Jumaat) di sekitar kawasan Subang Jaya.
“Kes ini terbongkar selepas seorang lelaki warga India mengaku telah membunuh seorang lelaki rakan senegaranya Mei tahun lepas dan telah menanam mayat mangsa di belakang sebuah banglo yang dijadikan pusat jagaan orang tua di Subang Jaya. Pengakuan dibuat di Ampang Jaya.
“Ekoran pengakuan itu, polis dari IPD Ampang Jaya telah menahan suspek serta seorang wanita warga India
yang merupakan isteri mangsa. Hasil soal siasat yang dijalankan, suspek itu telah menunjukkan lokasi pembunuhan serta tempat mayat ditanam,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Menurutnya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis telah menemukan satu bungkusan plastik yang dipercayai digunakan untuk membalut tubuh mangsa yang berusia 25 tahun yang dibunuh dengan cara dikelar lehernya.
Susulan penemuan mayat itu, katanya polis menahan tiga lagi wanita bagi membantu siasatan.
Wan Azlan berkata, siasatan mendapati motif mangsa dibunuh disebabkan suspek lelakiitumempunyaihubungan sulit dengan isteri mangsa.
“Mayat dihantar ke Forensik Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan polis masih meneruskan siasatan bagi mencarisenjatayangdigunakan dalam kes itu,” katanya.
Beliauberkatakesinidisiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah diminta tampil memberikan maklumat melalui talian 03-78627100 (Pusat Kawalan Daerah, Subang