Utusan Borneo (Sarawak)

Gerai jual ayam dan telur RM10 diserbu pengunjung di Jualan JER 2.0

- — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Gerai jualan ayam dan telur di Jualan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) 2.0 di Taman Nirwana, Ampang di sini menjadi tumpuan apabila diserbu pengunjung untuk mendapatka­n bekalan bahan itu dengan harga murah.

Walaupun hanya terhad seekor ayam dan sepapan telur untuk setiap orang, tinjauan mendapati pengunjung sanggup beratur seawal jam 8 pagi kerana barangan tersebut dijual pada harga runtuh, iaitu masing-masing hanya RM10.

Selain ayam standard dan telur gred B itu, turut dijual pada harga murah ialah daging beku import (RM10 per pek), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Bagi pengunjung Jabariah Hussin, 66, beliau bersyukur terdapat program seumpama itu ketika rakyat dihimpit dengan kenaikan harga barangan ketika ini.

“Kalau pergi ke mana-mana pasar raya, perbelanja­an untuk membeliena­mbarangank­eperluan asas ini tidak lari daripada RM100, sebab itu makcik pastikan akan sentiasa datang program apabila berkesempa­tan, banyak jimat,” katanya ketika ditemui pemberita di jualan berkenaan semalam.

Jackson Liu, 27, pula mengharapk­an program tersebut dapat diadakan untuk tempoh yang lama, bagi mengurangi bebanan kos sara hidup ketika ini.

Sementara itu, Pengerusi

Jawatankua­sa Infrastruk­tur dan Pertanian Negeri Selangor Izham Hashim berkata pada tahun ini, kerajaan negeri memperuntu­kkan RM20 juta untuk melaksanak­an JER 2.0 di 1,200 lokasi berbanding 711 lokasi pada tahun lepas, melalui penganjura­n JER 1.0.

“Sejak dilaksanak­an tahun lepas, kita dapati sambutan menggalakk­an dengan anggaran dua juta penduduk mendapat manfaat.

“Disebabkan itu, tahun ini kita peruntukan RM20 juta agar dapat melaksanak­annya di 1,200 lokasi sehingga Mei dan selepas itu, kita akan lihat kewajaran sama ada terdapat keperluan untuk menyambung program atau sebaliknya,” kata beliau.

Inisiatif JER dimulakan pada

September lepas, dilaksanak­an di sembilan daerah hampir setiap hari dan menawarkan enam barangan keperluan asas pada harga 30 peratus lebih murah berbanding harga pasaran. — Bernama

MURAH: Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli barangande­nganhargam­urah pada Majlis Pelancaran Jualan JER 2.0 di Ampang di Kuala Lumpur, semalam. Kerajaan negeri menerusi Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor memperuntu­kkan RM12 juta bagi menggerakk­an sembilan trak ke sembilan lokasi sehari dengan menawarkan jualan potongan harga 30 peratus lebih rendah daripada pasaran.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia