Utusan Borneo (Sarawak)

KUSKOP optimis pelaksanaa­n 185 program beri impak positif

Cadangan dalam Belanjawan 2023 diharap pacu pembanguna­n negara sejajar dengan konsep Malaysia Madani: Ewon

-

IPOH: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) optimis pelaksanaa­n 185 program yang dicadangka­n di dalam Belanjawan 2023 mampu memberi impak positif sekali gus memacu pembanguna­n negara sejajar dengan konsep Malaysia Madani.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata kesemua program secara dasarnya akan terarah kepada pemerkasaa­n pembanguna­n Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang melibatkan pelbagai golongan.

“Saya amat yakin berasaskan kepada sesi libat urus bersama Kementeria­n Kewangan sebelum ini, cadangan-cadangan (program) yang telah dikemukaka­n itu telah diambil peduli dan mudah-mudahan dimasukkan dalam belanjawan kali ini.

“Ada juga (program) tambahan yang kita cadangkan kepada kementeria­n kewangan. Antara program baru yang kita minta peruntukan antaranya melibatkan pembanguna­n perusahaan sosial, program pembanguna­n penjaja dan peniaga kecil serta program usahawan siswazah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Sesi Sembang Santai Bersama Masyarakat Orang Asli Negeri Perak di Pusat Kecemerlan­gan Orang Asli Simpang Pulai di sini, semalam.

Dilaporkan pada 17 Jan lalu, KUSKOP telah memohon peruntukan pembanguna­n sebanyak RM666 juta dari Kementeria­n Kewangan melibatkan pelaksanaa­n 185 program menerusi Belanjawan

2023 yang akan dibentangk­an pada 24 Feb ini.

Dalam perkembang­an lain, Ewon berkata pihaknya melalui Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan penangguha­n bayaran balik pembiayaan (morotarium) bagi tempoh tiga bulan berturut-turut bermula 1 Jan lalu sehingga 31 Mac tahun ini kepada koperasi yang terjejas akibat bencana banjir pada 9 hingga 31 Dis 2022.

Beliau berkata permohonan untuk penangguha­n bayaran balik pembiayaan tersebut boleh dikemukaka­n terus kepada pihak SKM untuk tindakan lanjut.

“Kita bersetuju untuk memberi moratorium kepada mana-mana koperasi supaya

Saya amat yakin berasaskan kepada sesi libat urus bersama Kementeria­n Kewangan sebelum ini, cadanganca­dangan (program) yang telah dikemukaka­n itu telah diambil peduli dan mudah-mudahan dimasukkan dalam belanjawan kali ini.

Datuk Ewon Benedick Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi

mereka dapat memberi lebih fokus kepada kesan banjir tersebut,” katanya.

Mengulas mengenai program Sembang Santai itu beliau berkata ia merupakan antara platform untuk mendapatka­n maklumat selain mengetahui keperluan masyarakat Orang Asli sekali gus dapat meningkatk­an kesejahter­aan khususnya daripada sudut pembanguna­n ekonomi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIMBOLIK PERASMIAN: Ewon menyiram pokok doa yang ditanamnya sempena majlis Sesi Santai bersama Masyarakat Orang Asli di Simpang Pulai, semalam.
— Gambar Bernama SIMBOLIK PERASMIAN: Ewon menyiram pokok doa yang ditanamnya sempena majlis Sesi Santai bersama Masyarakat Orang Asli di Simpang Pulai, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia