Utusan Borneo (Sarawak)

Augsburg kutip tiga mata penuh di laman sendiri

Berisha jaringkan gol dalam separuh masa kedua untuk kemenangan 1-0 Augsburg ke atas Leverkusen

-

BERLIN: Penyerang Augsburg, Mergim Berisha menjaringk­an gol penting dalam separuh masa kedua untuk memastikan kemenangan 10 ke atas Bayer Leverkusen dalam aksi Bundesliga Jerman pada Jumaat.

Berisha menanduk masuk satu tendangan sudut minit ke-55 untuk membantu Augsburg, yang diselubung­i krisis kecederaan pemain, meraih kemenangan keenam mereka musim ini.

Ia adalah kekalahan liga yang kedua berturut-turut buat Leverkusen selepas sebelum ini meraih lima kemenangan berturut-turut untuk berada dalam slot kelayakan ke bola sepak Eropah.

Tidak banyak peluang dicipta kedua-dua pasukan dalam separuh masa pertama perlawanan yang berlangsun­g dalam hujan.

Penyerang Leverkusen, Moussa Diaby menguji penjaga gol Augsburg, Rafal Gikiewicz pada minit ke-30tetapi rembatan lambungnya tersasar.

Augsburg membuka jaringan 10 minit selepas rehat apabila pemain tengah remaja, Arne Engels melakukan tendangan sudut kemas yang ditanduk masuk oleh Berisha.

Ia adalah gol keenam Berisha bersama Augsburg sejak tiba untuk kontrak pinjaman satu musim dari kelab Liga

Turki, Fenerbahce pada bulan Ogos tahun lepas.

Jurulatih Leverkusen, Xabi Alonso, memasukkan pemain tengah Florian Wirtz untuk

cuba meningkatk­an lagi jentera serangan dan pemain remaja dari Jerman itu mencemaska­n pertahanan Augsburg beberapa kali.

Ketika berbaki 10 minit permainan, Alonso juga memasukkan Callum Hudson-Odoi tetapi pemain pinjaman dari Chelsea itu juga

gagal memecah kebuntuan ketika Leverkusen tewas dua perlawanan liga berturut-turut buat kali pertama sejak di bawah kendalian Alonso.

Dia berkata pasukannya bergelut di jentera serangan tanpa penyerang utama yang ketika ini cedera, Patrik Schick.

“Kami tidak mempunyai penyerang, penyerang tengah dan penyerang tengah sangat penting dalam serangan dan boleh menimbulka­n masalah kepada pertahanan tengah,” kata bekas pemain Liverpool itu.

“Saya berharap ia akan kembali seperti biasa. Kami cuba mencari satu penyelesai­an.”

Pemainteng­ahLeverkus­en, Robert Andrich berkata pasukannya “mengambil satu langkah ke belakang”.

“Augsburg lebih pantas dan lebih berbisa berbanding kami dalam separuh masa kedua,” katanya.

Malah Berisha juga terkejut dengan ruang yang begitu banyak diberikan kepadanya oleh pertahanan Leverkusen dengan berkata: “Saya tidak langsung dikawal, mereka membiarkan saya bebas bergerak.”

Leverkusen kekal di tangga kesembilan liga tetapi boleh tercicir sehingga ke tangga ke-12 jika keputusan lain tidak memihak kepada mereka.

Bagi Augsburg, kemenangan ini adalah yang kedua sejak awal bulan Oktober untuk meletakkan mereka lima mata di atas slot playoff penyingkir­an liga.

 ?? — Gambar AFP ?? TUMPUAN PEMINAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga Jerman di antara Augsburg dan Bayer Leverkusen di Augsburg.
— Gambar AFP TUMPUAN PEMINAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Bundesliga Jerman di antara Augsburg dan Bayer Leverkusen di Augsburg.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia