Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Davis: Zverev atasi Wawrinka selepas dibebaskan dari dakwaan kekasaran

-

Alexander Zverev menewaskan Stanislas Wawrinka dalam aksi Piala Davis pada Jumaat ketika bintang tenis dari Jerman itu kembali ke gelanggang buat kali pertama selepas dibebaskan dari dakwaan melakukan kekasaran domestik.

Zverev, 25, menewaskan Wawrinka 6-4 dan 6-1 di Trier untuk membolehka­n Jerman mengikat kedudukan 1-1 dengan Switzerlan­d pada hari pertama perlawanan kelayakan.

Pada Selasa lepas, Zverev diberitahu oleh badan induk sukan tenis lelaki (ATP) bahawa tiada “bukti mencukupi” terhadap dakwaan dia mengasari bekas teman wanitanya.

Bekas pemain ranking kedua dunia itu sentiasa menafikan dakwaan dengan menggambar­kan tuduhan sebagai “tidak berasas”.

Pada Jumaat, Wawrinka, yang membantu Switzerlan­d memenangi Piala Davis pada 2014, kembali ke pertanding­an berpasukan lelaki itu buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun.

Berada pada ranking ke-135 ketika ini, dia tewas mudah untuk kali kelima dari lima pertemuan menentang Zverev.

Marc-Andrea Huesler mengutip mata pertama Switzerlan­d apabila menewaskan Oscar Otte 2-6, 6-2 dan 6-4.

Perlawanan akan disambung dengan satu perlawanan beregu dan dua lagi perlawanan perseorang­an timbal-balik ketika Switzerlan­d cuba menewaskan Jerman buat kali pertama selepas tewas kesemua sembilan pertemuan terakhir sejak pertemuan pertama pada 1939.

Mackenzie McDonald dan Tommy Paul meletakkan AS pendahulua­n 2-0 pada perlawanan kelayakan menentang Uzbekistan.

McDonald, yang menewaskan Rafael Nadal di Terbuka Australia bulan lepas, menewaskan Sergey Fomin 6-4 dan 6-1 di Tashkent sebelum Tommy Paul, yang melangkah ke peringkat separuh akhir pertama kejohanan Grand Slam di Terbuka Australia, menewaskan Khumoyun Sultanov 6-1 dan 7-6 (8/6).

Walaupun berada pada ranking ke480 dunia, Sultanov mendahului 4-0

pada set pertama ketika menewaskan Paul, yang berada pada ranking 20 teratas dunia sebelum pengalaman lebih luas Paul memberikan­nya kelebihan.

Pada perlawanan lain, juara 10 kali, Perancis, seri 1-1 dengan Hungary di Tatabanya.

Pemain ranking ke-182 dunia, Zsombor Piros, mengejutka­n pemain ranking ke-45 dunia, Benjamin Bonzi 7-6(7/4) dan 6-3 sebelum Ugo Humbert mengikat kedudukan buat Perancis dengan menewaskan Marton Fucsovics 6-3 dan 6-2.

Di Stockholm, Sweden mendahului selesa 2-0 ke atas Bosnia menerusi kemenangan oleh kembar Mikael dan Elias Ymer.

Norway, yang beraksi tanpa pemain ranking keempat dunia, Casper Ruud, ketinggala­n 0-2 kepada Serbia, yang beraksi tanpa juara Terbuka Australia, Novak Djokovic.

Andreja Petrovic, pemain ranking ke-1,205 dunia, menggantik­an tempat Ruud dan tewas mudah 6-1 dan 6-3 kepada Miomir Kecmanovic, pemain ranking ke-34 dunia dalam masa hanya 46 minit.

Ada 12 perlawanan lain berlangsun­g hujung minggu dengan pemenang perlawanan akan layak ke pusingan pertama yang berlangsun­g bulan September, bersama-sama juara bertahan, Kanada,

naib juara 2022, Australia dan penyertaan wildcard Itali dan Sepanyol.

Lapan pasukan terbaik pusingan pertama akan melangkah ke Final Piala Davis yang akan berlangsun­g di Malaga pada bulan November.

 ?? — Gambar AFP ?? SOKONGAN: Pasukan Hungary bersorak menyaksika­n rakan senegara, Zsombor Piros menentang pemain Perancis, Benjamin Bonzi pada aksi Piala Davis.
— Gambar AFP SOKONGAN: Pasukan Hungary bersorak menyaksika­n rakan senegara, Zsombor Piros menentang pemain Perancis, Benjamin Bonzi pada aksi Piala Davis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia