Utusan Borneo (Sarawak)

Atlet tidak harus ‘menderita’ mengenai isu penglibata­n atlet Rusia, Belarus

-

Presiden jawatankua­sa penganjura­n tempatan Sukan Olimpik 2024 Paris pada Jumaat berkata atlet tidak harus ‘menderita’ dari keputusan yang di luar kawalan mereka berikutan dengan perdebatan yang semakin meningkat tentang kebenaran atlet dari Rusia dan Belarus untuk bertanding.

Isu itu menyebabka­n percanggah­an pandangan sejak

Rusia menceroboh Ukraine pada bulan Februari tahun lepas dan menggunaka­n wilayah Belarus untuk melancarka­n seranganny­a. Ia menyebabka­n penggantun­gan dari beberapa acara sukan utama.

Jawatankua­sa Olimpik Antarabang­sa (IOC) pada minggu lepas berkata ia menerokai satu ‘laluan’ untuk membolehka­n atlet Rusia bertanding di Paris, mungkin sebagai atlet berkecuali berbanding di bawah bendera negara mereka, satu senario yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.

Tetapi Kyiv mendesak satu penggantun­gan sepenuhnya penyertaan dari Rusia, dengan penolong presiden Ukraine menuduh IOC menjadi satu “promoter perang”.

Presiden Jawatankua­sa Olimpik Rusia (RCC) menuntut atletnya dibenarkan bertanding tanpa sekatan tetapi IOC berkata beberapa sekatan ke atas atlet Rusia akan diteruskan.

Tony Estanguet, presiden jawatankua­sa penganjur tempatan Sukan Olimpik Paris, pada Jumaat berkata ramai atlet “tidak terlibat sama sekali dalam keputusan perang dan sekarang, secara peribadiny­a saya fikir mereka tidak seharusnya menerima kesan dari satu keputusan yang di luar kuasa mereka”.

Estanguet berkata ia bergantung kepada IOC, Jawatankua­sa Paralimpik Antarabang­sa dan persekutua­n negara masing-masing untuk membuat keputusan mengenai kelayakan delegasi untuk Sukan Olimpik.

Menteri Sukan Poland pada Khamis lepas menjangkak­an sehingga 40 buat negara termasuk Britain dan anggota Kesatuan Eropah (EU) akan membantah membenarka­n penyertaan atlet Rusia dan Belarus di Paris pada tahun hadapan.

Perdana Menteri Estonia mencadangk­an negaranya malah mungkin memboikot Sukan Olimpik jika atlet Rusia dan Belarus dibenarkan bertanding sementara kerajaan Denmark berkata Rusia harus kekal “dikecualik­an dari semua sukan antarabang­sa” ketika perang di Ukraine berterusan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia