Utusan Borneo (Sarawak)

Chelsea perlu lebih masa

The Blues yang dibarisi pemain mahal hanya seri 0-0 dengan Fulham dalam aksi EPL

- Graham Potter Pengurus Chelsea

LONDON: Pengurus Chelsea, Graham Potter, merayu untuk lebih banyak masa untuk barisan pemain mahalnya mula menemui rentak selepas pasukannya diikat tanpa jaringan oleh Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Jumaat.

Enzo Fernandez membuat penampilan sulung bersama Chelsea selepas menjadi pemain paling mahal dalam sejarah bola sepak British ekoran perpindaha­n bernilai 107 juta pound dari Benfica pada Selasa lepas.

Mykhailo Mudryk juga diturunkan dalam kesebelasa­n utama di Stamford Bridge sementara Noni Madueke dan David Datro Fofana memulakan penampilan sulung mereka apabila dimasukkan dari bangku simpanan.

Rekod pelaburan melebihi 300 juta pound oleh Chelsea pada pasaran perpindaha­n pemain bulan Januari menyebabka­n mereka membelanja­kan lebih dari setengah bilion pound pada musim pertama di bawah pemilik baharu kleab.

Pemilik bersama kelab, Todd Boehly dan Behdad Eghbali, turut hadir menyaksika­n perlawanan tetapi tidak tertarik dengan satu lagi peluang yang disia-siakan untuk merapatkan kedudukan di empat tangga teratas liga.

Satu mata itu menyebabka­n Chelsea berada di tangga kesembilan liga, masih sembilan mata di belakang slot kelayakan ke Liga Juara-Juara.

“Pemain baharu masih cuba menyesuaik­an diri dengan negara dan liga baharu. Ia bukan mudah,” kata Potter.

Fulham meraih kemenangan pertama ke atas kelab jiran mereka itu sejak 2006 apabila kedua-dua pasukan bertemu tiga minggu yang lalu.

Skuad kendalian Marco Silva ketika ini berada dua

mata dan tiga anak tangga di hadapan Chelsea.

Fulham memburu kemenangan berganda liga yang pertama ke atas Chelsea dan hampir melakukann­ya jika cubaan Andreas Pereira tidak ditepis keluar.

Untuk perbelanja­an besar yang dikeluarka­n pemilik baharu Chelsea, ketumpulan jentera serangan sekali lagi didedahkan.

Mudryk menyertai Chelsea dari Shakhtar Donetsk bulan

lepas dengan yuran yang boleh mencecah sehingga 100 juta euro.

Madueke dimasukkan menggantik­an Mudryk dan Potter juga memasukkan Raheem Sterling selepas satu jam permainan untuk mencari gol kemenangan.

Fernandez tidak bernasib baik memulakan penampilan sulung dengan gol apabila cubaan jarak jauhnya tersasar ketika berbaki 20 minit permainan.

Pemain baharu masih cuba menyesuaik­an diri dengan negara dan liga baharu. Ia bukan mudah.

 ?? — Gambar AFP ?? SAINGAN RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Fulham di Stamford Bridge, London.
— Gambar AFP SAINGAN RANCAK: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Fulham di Stamford Bridge, London.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia