Utusan Borneo (Sarawak)

Ford akan kembali ke F1 pada 2026

-

NEW YORK: Pengeluar kereta dari Amerika Syarikat (AS), Ford, akan kembali ke Formula Satu (F1) pada 2026 selepas lebih dari dua dekad menghilang apabila berganding­an dengan pasukan juara dunia, Red Bull Racing, menurut syarikat itu pada Jumaat.

Ford mengumumka­n mereka memasuki satu” kerjasama teknikal strategik jangka panjang untuk pembanguna­n enjin baharu hibrid generasi akan datang yang akan digunakan dari musim F1 2026 dan seterusnya.”

Syarikat itu berkata mereka akan membekalka­n Red Bull dan pasukan sokongan Alpha Tauri enjin mereka sehingga sekurang-kurangnya 2030.

“Ini adalah permulaan babak baharu menarik dalam cerita sukan bermotor Ford yang bermula apabila moyang saya (Henry Ford) memenangi satu perlumbaan yang membantu melancarka­n syarikat kami,” kata Bill Ford, pengerusi eksekutif syarikat.

Kali terakhir Ford beraksi dalam F1 ialah pada 2004 apabila berganding­an dengan pasukan Jordan dan kepulangan mereka adalah satu lagi petanda terbaharu perkembang­an sukan F1 di AS.

Musim ini akan menyaksika­n tiga perlumbaan F1 berlangsun­g di AS, dengan Las Vegas menyertai Miami dan Austin dalam kalendar perlumbaan.

Populariti F1 di AS melonjak sejak platform penstriman Netflix menghasilk­an siri “Drive to Survive”, yang mendapat tontonan meluas.

Ford mempunyai peranan dalam 10 kejuaraan kategori berpasukan dan 13 kejuaraan kategori pemandu – menjadikan mereka pengeluar enjin ketiga paling berjaya dalam sejarah F1 dengan kejayaan terbaharu adalah menerusi kemenangan Michael Shumacher ketika bersama pasukan Benetton pada 1994.

Red Bull memperkena­lkan kereta baharu mereka untuk musim 2023 dalam satu majlis di New York pada Jumaat dan pengurus pasukan, Christian

Horner berkata dia tidak sabar dengan kerjasama baharu bersama Ford.

“Ia hebat untuk mengalualu­kan kembali Ford ke F1 menerusi kerjasama ini,” katanya.

“Mereka adalah pengeluar yang kaya dalam sukan permotoran dari pelbagai generasi. Dari Jim Clark hingga ke Ayrton Senna dan Michael Schumacher, rekod itu bercakap bagi pihak mereka. Dan bagi kami di Red Bull untuk membuka babak baharu dinasti itu sebagai Red Bull Ford, ia sememangny­a sangat menarik,” katanya.

Syarikat akan memulakan kerjasama pada tahun ini menjelang pertukaran peraturan untuk enjin F1 dan perjanjian itu dialu-alukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali.

“Berita hari ini ialah Ford akan datang ke F1 dari 2026 merupakan sesuatu yang hebat untuk sukan ini dan kami teruja untuk melihat mereka menyertai rakan permotoran yang sudah ada dalam F1,” kata Domenicali. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KEMBALI: Gambar fail pada 2 Mei 2003 ini menunjukka­n pemandu pasukan Ford, Giancarlo Fisichella memandu keluar dari pit di Litar Montmelo menjelang Formula 1 Grand Prix Sepanyol.
— Gambar AFP KEMBALI: Gambar fail pada 2 Mei 2003 ini menunjukka­n pemandu pasukan Ford, Giancarlo Fisichella memandu keluar dari pit di Litar Montmelo menjelang Formula 1 Grand Prix Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia