Utusan Borneo (Sarawak)

Kejohanan sukan wadah terbaik pupuk budaya sukan kalangan murid

-

Kejohanan Sukan Tahunan SK Melayu Pusat wadah terbaik untuk memupuk budaya sukan kalangan murid-murid, kata Pegawai Tadbir Sosial Pejabat Residen Bahagian Limbang, Aspalela Mohamad Sahmoni.

Beliau berkata, kejohanan tersebut juga mampu mengasah bakat-bakat melahirkan atlet-atlet boleh diketengah­kan bukan sahaja peringkat negeri, SUKMA dan Olimpik seperti menjadi hasrat Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS).

“Kita mesti bersukan walaupun sekadar berjalan memanaskan badan, ini semangat pendedahan berterusan perlu dilaksanak­an secara sistematik dan impaknya dikecapi bagi melahirkan atlet-atlet hebat suatu hari nanti,” katanya pada Kejohanan Sukan Tahunan 2022/2023 SK Melayu Pusat di Kompleks Sukan Limbang, kelmarin.

Turut sama Guru Besar SK Melayu Pusat Said Matzin,

Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Melayu Pusat, Siti Saharah Tair dan tetamu lain.

Aspalela berkata, anakanak merupakan permata negara perlu digilap bagi melahirkan generasi cemerlang bakal menjadi pelapis kepimpinan negara.

Terdahulu, Said berkata acara sukan dan akademik perlu diseimbang­kan dalam pelajaran.

“Sukan tetap sukan, tetapi kita juga utamakan pelajaran dan pendidikan.

“Sukan dan akademik perlu selari untuk mendapat pekerjaan suatu hari nanti,” katanya.

Said berkata, acara sukan juga sangat penting dalam kehidupan kerana dapat membentuk kehidupan lebih sihat dan perlu diamalkan sejak dahulu.

Pada kejohanan itu, Alexson Aying dinobatkan sebagai Olahragawa­n manakala Avnie Vesabell diumumkan sebagai Olahragawa­ti.

 ?? ?? OLAHRAGAWA­TI: Avnie (dua kiri) sebaik diumumkan sebagai Olahragawa­ti disaksikan Siti Saharah (dari kiri), Aspalela, Said dan tetamu lain.
OLAHRAGAWA­TI: Avnie (dua kiri) sebaik diumumkan sebagai Olahragawa­ti disaksikan Siti Saharah (dari kiri), Aspalela, Said dan tetamu lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia