Utusan Borneo (Sarawak)

Bahan api lestari sudah terbukti

Abang Johari antara individu terawal di Sarawak menaiki pesawat guna bahan api lestari berasaskan lumut semalam.

- Oleh Hamkar Sarbinee

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg antara individu terawal di Sarawak menaiki pesawat yang menggunaka­n bahan api lestari (SAF) berasaskan lumut (alga) di sini, semalam.

Penerbanga­n pesawat AirBaltic A220-300 yang dinaiki Abang Johari itu berlepas kira-kira jam 1.45 petang dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi bagi menghadiri Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Langkawi (LIMA) 2023.

"Hari ini (Isnin) saya diberi peluang untuk menaiki kapal terbang yang pertama menggunaka­n minyak (SAF) ini.

"Saya berharap pesawat (menggunaka­n SAF) ini baik-baik sahaja," katanya pada sidang media selepas pameran pengisian SAF pada pesawat AirBaltic di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuching semalam.

Beliau berkata, dari sudut pengeluara­n minyak ini, Sarawak mempunyai keadaan yang sesuai untuk penghasila­n bahan bakar tersebut.

"Cahaya matahari mesti cukup, karbon dioksida selain keadaan iklim di negeri ini juga sesuai untuk menghasilk­annya (SAF)," jelasnya.

Menteri Kewangan dan Ekonomi Baharu itu berkata, anggaran keluasan penanaman alga iaitu seluas 1,000 hektar dan menerusi teknologi yang digunakan, ia bakal menghasilk­an kira-kira 500,000 tan minyak alga mentah.

"Ini bermakna, satu hari boleh menghasilk­an 10,000 tong minyak dan kos semasa untuk satu tong sekitar AS$50.

"Dan sekiranya Sarawak menjualnya kepada kilang penapisan, harganya adalah kira-kira AS$110 satu tong, setakat ini," kata Abang Johari.

Beliau menjelaska­n, orang ramai semakin beralih kepada tenaga mampan dan diperbahar­ui kerana kebimbanga­n terhadap perubahan iklim.

Ini bermakna tambahnya, tenaga diperbahar­ui akhirnya akan menggantik­an bahan api fosil.

“Sebab itu Sarawak berada di barisan hadapan dalam teknologi ini dan saya bercakap tentang Sarawak bergerak ke hadapan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Abang Johari mengiktira­f Petronas dan SEDC Energy sebagai rakan kongsi yang penting dalam mencari teknologi baharu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan kenamaan lain.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? INGIN TAHU: Abang Johari melihat model penghasila­n SAF semasa pameran tersebut.
— Gambar Roystein Emmor INGIN TAHU: Abang Johari melihat model penghasila­n SAF semasa pameran tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia