Utusan Borneo (Sarawak)

MOTS akan mencadangk­an agar MAVCOM tetapkan harga siling penerbanga­n ke Sarawak

-

Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak akan mencadangk­an kepada Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) untuk menetapkan harga siling bagi penerbanga­n dari Semenanjun­g Malaysia dan Sabah ke Sarawak.

Menterinya Dato Sri Lee Kim Shin berkata, cadangan ini perlu dibuat tanpa menjejaska­n kelebihan daya saing syarikat penerbanga­n itu dan keupayaan untuk menawarkan diskaun dan promosi tambang penerbanga­n.

“Mekanisme penetapan harga dinamik adalah amalan yang diterima pakai oleh kebanyakan syarikat penerbanga­n di seluruh dunia sebagai usaha untuk menetapkan tambang penerbanga­n berdasarka­n permintaan dan keadaan pasaran.

“Namun demikian, kementeria­n saya akan mencadangk­an kepada MAVCOM untuk menetapkan harga siling yang boleh dilaksanak­an bagi penerbanga­n dari Semenanjun­g Malaysia dan Sabah ke Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Lee berkata, beliau telah menerima maklum balas daripada orang ramai mengenai tambang penerbanga­n yang tinggi, pembatalan dan penjaduala­n semula penerbanga­n.

“Seperti yang dilaporkan oleh syarikat penerbanga­n, isu itu berpunca daripada keadaan operasi, teknikal dan cuaca buruk,” katanya.

Untuk makluman ujarnya, Kod Perlindung­an Pengguna Penerbanga­n Malaysia (MCPC) dipertingk­atkan lagi pada 2019 untuk melindungi kepentinga­n pengguna dalam perjalanan udara.

“Dalam hal ini, saya ingin menggesa pengadu menghubung­i pihak berkuasa syarikat penerbanga­n yang berkaitan bagi menyelesai­kan isu tersebut.

“Pengadu boleh mengadu kepada MAVCOM jika mereka tidak berpuas hati dengan maklum balas syarikat penerbanga­n itu melalui laman web MAVCOM atau www. flysmart.my,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Lee berkata, kementeria­nnya menyedari permintaan perjalanan udara semasa musim perayaan dan cuti sekolah.

Dalam hal ini, ujar beliau, pihaknya bekerjasam­a rapat dengan MAVCOM dan syarikat penerbanga­n bagi memastikan penerbanga­n dan tempat duduk yang mencukupi ke pelbagai destinasi pada tambang penerbanga­n yang berpatutan.

“Kementeria­n saya telah berkomunik­asi dengan Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia dengan syarikat penerbanga­n berkaitan untuk meningkatk­an kekerapan penerbanga­n pada musim perayaan termasuk semasa sambutan Hari Gawai Dayak dan cuti sekolah akan datang.

“Hasil daripada hubungan baik kita dengan Kementeria­n Pengangkut­an Malaysia, mereka telah mempertimb­angkan permintaan

kita serta bersetuju untuk memberikan subsidi tiket penerbanga­n dari Semenanjun­g Malaysia ke Sabah dan Sarawak untuk Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak,” jelasnya.

Oleh itu katanya, tambang penerbanga­n sehala akan dihadkan pada maksimum RM300, tidak termasuk cukai dan yuran yang sekali gus akan mengurangk­an kos perjalanan terbabit.

Menurutnya semua syarikat penerbanga­n utama termasuk Malaysia Airlines, Firefly, AirAsia, MYAirline dan Batik Air mengambil bahagian dalam program subsidi ini.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? SERIUS: Lee bercakap pada sidang media selepas ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n DUN semalam.
— Gambar Roystein Emmor SERIUS: Lee bercakap pada sidang media selepas ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya pada Persidanga­n DUN semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia