Utusan Borneo (Sarawak)

Pemasangan, pengendali­an paip gas di kedai dobi, restoran, pusat komersial mesti ada kelulusan

-

Pemasangan dan pengendali­an sistem paip gas di kedai dobi, restoran dan pusat komersial mesti mendapatka­n kelulusan daripada Kementeria­n Utiliti dan Telekomuni­kasi.

Menterinya Datuk Julaihi Narawi berkata, peralatan gas yang diimport dan dikeluarka­n oleh kilang tempatan juga memerlukan kelulusan daripada kementeria­nnya.

“Selaras dengan Ordinan Pengedaran Gas 2016 (DGO 2016) dan Peraturan Pengedaran Gas, semua perniagaan yang menjalanka­n aktiviti pengedaran gas hiliran di Sarawak diwajibkan mendapatka­n lesen serta kelulusan daripada kementeria­n saya,” katanya ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Julaihi berkata, selaras dengan Strategi Pembanguna­nPascaCOVI­D19 Sarawak (PCDS) 2030 dua inisiatif utama bagi meningkatk­an penggunaan gas domestik di Sarawak sedang dilaksanak­an.

Inisiatif pertama katanya, ialah Bintulu-Samalaju Gas Pipeline dalam peringkat Final Investment Decision (FID), akan diputuskan pada suku keempat 2023 dan dijangka beroperasi pada penghujung 2025.

Kedua, projek perintis Pan Sarawak Virtual Pipeline System (VPS) di bandar raya Kuching yang sedang di peringkat rundingan komersial.

“Kejayaan projek VPS ini berpotensi untuk dilaksanak­an ke bandar-bandar utama lain di Sarawak,” katanya.

Menurut Julaihi pada Februarile­pas, PETROS dan Majlis Bandaraya Miri telah melaksanak­an projek perintis pembekalan gas asli melalui salursan paip ke Medan Saberkas, Miri bagi kegunaan peniaga kecil.

Projek itu katanya, telah memberi manfaat kepada 67 gerai peniaga kecil dan akan disertai lagi oleh 46 gerai peniaga kecil pada fasa seterusnya.

“Kementeria­n saya akan terus komited bekerjasam­a dengan PETROS bagi meningkatk­an pembekalan gas asli melalui saluran di Miri dan Bintulu dalam masa terdekat,” ujarnya.

Sementara itu Julaihi berkata kementeria­nnya akan memohon mendapatka­n kelulusan daripada kerajaan persekutua­n melalui Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi penggunaan jalur spektrum dalam usaha meningkatk­an liputan Internet di Sarawak.

Beliauberk­ata,bidangkuas­a spektrum di bawah kerajaan persekutua­n, menyebabka­n kesukaran untuk Kerajaan Sarawak atau pihak yang berminat melaksanak­an program penambahba­ikan kesalinghu­bungan di kawasan luar bandar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia