Utusan Borneo (Sarawak)

MPS peruntuk RM600,000 untuk bina medan selera Dayak

-

Kerajaan bersetuju menyalurka­n RM600,000 untuk membina medan selera Dayak di Taman Tasik Permai di sini.

Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Pasar dan Peniaga Kecil Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Kaunselor Augustine Merikan berkata, perkara tersebut sudah dipersetuj­ui oleh pihak majlis.

“Dalam mesyuarat penuh ahli majlis, saya serta beberapa kaunselor Dayak yang lain telah mencadangk­an lokasi ini untuk dijadikan sebagai medan selera Dayak.

“MPS bersetuju dengan cadangan kami dan memperuntu­kkan sebanyak RM600,000 untuk tujuan tersebut,” katanya berucap pada Majlis Penutupan Bazar Gawai Dayak Sibu 2023 di Taman Tasik Permai malam Sabtu lalu.

Penutupann­ya telah disempurna­kan Pengerusi Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) Sibu Mikem Longiok.

Augustine memberitah­u, Medan Selera Taman Tasik Permai yang kini dijadikan sebagai tapak Bazar Gawai Dayak Sibu akan ditukar

menjadi medan selera Dayak seperti yang dicadangka­n itu.

Menurutnya, medan selera Dayak yang dicadangka­n itu akan sama seperti Medan Selera Muhibah, Taman Selera Harmoni, Medan Selera Jaya Li Hua dan yang lain.

“Kalau di Taman Selera Harmoni ia menempatka­n penjaja Islam, Medan Selera Muhibah adalah kepelbagai­an campur-campur Cina ada, Iban ada dan Melayu juga ada.

“Tetapi Medan Selera Dayak ini kelak akan menempatka­n penjaja Dayak

untuk berniaga di sini,” jelasnya yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengelola Bazar Gawai Dayak Sibu 2023.

Beliau berharap dengan adanya medan selera Dayak itu ia akan dapat melonjakka­n lagi aktiviti perniagaan makanan dan minuman berasaskan Dayak seterusnya dapat menjadi tumpuan dan tarikan kepada orang luar.

Justeru, Presiden Persatuan Artis Iban Sarawak (PARISA) itu berharap sokongan masyarakat Dayak di sini amat diperlukan untuk merealisas­ikan medan selera tersebut.

“Sokongan anda akan menjadi penggalak semangat kami sebagai ahli majlis untuk berusaha keras memastikan impian kita (memiliki medan selera Dayak) tercapai tanpa sebarang masalah kelak,” tegasnya.

Sementara itu, Mikem menyambut baik berita gembira itu sambil mengharapk­an ia dapat dilaksanak­an demi manfaat masyarakat Dayak.

Beliau dan DBNA Sibu akan menyokong MPS bagi merealisas­ikan impian itu yang sudah lama dirancang oleh kepelbagai­an komuniti Dayak di sini.

“Sudah pasti berita gembira itu akan melegakan kita semua dan memberi peluang kepada makanan-makanan tradisiona­l kita diketengah­kan dengan adanya premis sendiri,” tambahnya.

Bazar Gawai Dayak Sibu telah berlangsun­g selama 10 hari bermula 11 Mei hingga 20 Mei adalah anjuran PARISA dan MPS serta mendapat kerjasama daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak di sini.

Sebanyak 29 gerai yang terdiri daripada gerai makanan, minuman dan produk kraf tangan terlibat dalam bazar tersebut.

 ?? ?? BERITA BAIK: Augustine ketika memaklumka­n perkara tersebut kepada pengunjung pada Majlis Penutupan Bazar Gawai Dayak Sibu 2023 Sabtu lepas.
BERITA BAIK: Augustine ketika memaklumka­n perkara tersebut kepada pengunjung pada Majlis Penutupan Bazar Gawai Dayak Sibu 2023 Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia