Utusan Borneo (Sarawak)

Perlawanan Real menentang Valencia dicemari cemuhan perkauman

-

Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti berkata bola sepak Sepanyol mempunyai masalah perkauman dan perlu bersedia untuk memberhent­ikan perlawanan selepas pemainnya, Vinicius Junior sekali lagi menjadi sasaran cemuhan perkauman ketika tewas 0-1 di Valencia dalam aksi La Liga Sepanyol pada Ahad.

“Liga Sepanyol mempunyai satu masalah dan Vinicius bukan masalahnya. Vinicius adalah mangsa. Ada masalah yang sangat serius di sini,” kata Ancelotti sambil menambah Vinicius “sedih, tidak marah” selepas insiden di Stadium Mestalla.

Pada pertengaha­n separuh masa kedua yang tertangguh selama beberapa minit selepas Vinicius kelihatan menjadi mangsa cemuhan perkauman oleh seorang penyokong Valencia.

Penyerang antarabang­sa Brazil itu berdiri di hadapan seorang penyokong di belakang pintu gol dan menuding jari ke arah seorang penyokong, dengan rakan sepasukann­ya, Eder Militao berada di sebelahnya.

Vinicius kemudian dibuang padang pada minit kecederaan kerana menumbuk Hugo Duro semasa berlaku satu kekecohan, dengan Valencia meraih kemenangan menerusi gol Diego Lopez dalam separuh masa pertama.

“Hakikat di mana saya ada memikirkan untuk mengeluark­annya dari padang kerana suasana perkauman kelihatan tidak bagus untuk saya,” kata Ancelotti.

“Apa yang berlaku hari ini sudah berlaku sebelum ini tetapi tidak seperti kali ini, ia tidak boleh diterima.”

Vincius menerima cemuhan perkauman di beberapa stadium musim ini di Sepanyol dan patungnya digantung di satu jambatan di ibu kota oleh penyokong Atletico Madrid.

La Liga sudah memfailkan aduan kepada pihak berkuasa Sepanyol beberapa kali musim ini, dengan liga berikrar pada Ahad untuk melakukann­ya selepas membuat siasatan.

Bagaimanap­un, Ancelotti berkata ia tidak membantu.

“Apa yang berlaku? Laporan, dan tiada apa tindakan susulan. Penyelesai­annya ialah memberhent­ikan perlawanan,” tambahnya.

“Saya sangat sedih, ini tidak pernah berlaku kepada saya – saya tidak pernah mengeluark­an seorang pemain dari padang kerana cemuhan. Dia masih muda, dia suka bermain bola sepak tetapi dalam keadaan seperti ini, ia sangat sukar.”

Vinicius menggunaka­n laman sosial untuk bercakap tentang apa yang berlaku.

“Hadiah untuk mereka yang rasis hari ini ialah mereka menyingkir­kan saya dari padang. Ia bukan bola sepak, ia adalah La Liga,” kata pemain berusia 22 tahun itu.

Selepas Vinicius bersemuka dengan penyokong Valencia yang mencemuhny­a, pengadil perlawanan, Ricardo de Burgos Bengoetxea bercakap kepada pegawai stadium, yang membuat pengumuman meminta cemuhan perkauman dihentikan sebelum permainan disambung semula 10 minit kemudian.

“Kekurangan penghormat­an kepada Vinicius terus berlaku di hampir setiap stadium di Sepanyol,” kata pemain tengah Madrid, Dani Ceballos.

“Ia benar jurulatih bertanya kepadanya jika dia mahu terus bermain. Vinicius seorang yang profesiona­l dan berkata ia mahu terus bermain dan membantu pasukan tetapi kami melihat bahawa kami tidak dapat melakukan apa-apa.”

Penjaga gol Real, Thibaut Courtois berkata dia ada mendengar “suara monyet” sekitar 20 minit dan berkata dia akan berjalan keluar dari padang bersama Vinicius jika pemain itu membuat keputusan untuk meninggalk­an

padang.

“Jika Vini mahu terus bermain, kami akan terus

bermain tetapi jika Vini berkata dia tidak mahu bermain, saya akan keluar bersamanya

kerana kami tidak dapat menerima perkara seperti ini,” kata Courtois. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SUASANA TEGANG: Ancelotti (kiri) berbicara dengan pengadil De Burgos Bengoetxea berdekatan dengan Junior (kanan) pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Valencia dan Real Madrid di stadium Mestalla di Valencia, kelmarin.
— Gambar AFP SUASANA TEGANG: Ancelotti (kiri) berbicara dengan pengadil De Burgos Bengoetxea berdekatan dengan Junior (kanan) pada perlawanan La Liga Sepanyol di antara Valencia dan Real Madrid di stadium Mestalla di Valencia, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia