Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada laporan doktor terlibat PROSPEC terbeban dengan bayaran balik pembiayaan

-

KUALA LUMPUR: Tiada laporan menyatakan doktor yang terlibat dalam Program Pembanguna­n Usahawan Profesiona­l (ProSPEC) terbeban dengan bayaran balik pembiayaan perniagaan setakat ini, Persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu semalam.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah

Datuk Rubiah Wang berkata program itu yang mula diperkenal­kan pada 2018, bertujuan membantu usahawan dalam bidang profesiona­l untuk membangunk­an perniagaan dengan pelaksanaa­n awal memberi fokus kepada bidang perubatan.

“Fokus ProSPEC adalah melalui pewujudan jaringan klinik di bawah satu jenama iaitu U.n.i Klinik dengan imej korporat seragam dan menawarkan perkhidmat­an kepada rakyat dengan kadar berpatutan.

“Setakat ini tiada laporan menyatakan doktor (yang terlibat) menyatakan mereka terbeban. Respons kepada perkhidmat­an ini amat baik dan mendapat komen yang agak bagus kerana menambah perkhidmat­an di negara kita,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di

Dewan Rakyat, di sini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan R. Yuneswaran (PH-Segamat) yang ingin tahu apakah jaminan jangka panjang yang akan dipertimba­ngkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi memastikan klinik MARA yang dikendalik­an doktor kontrak dapat bertahan tanpa membebanka­n mereka untuk membuat bayaran balik pembiayaan.

Mengulas lanjut, Rubiah berkata dengan kewujudan U.n.i Klinik, ia telah membuka peluang keusahawan­an kepada para doktor dan setakat ini seramai 55 orang doktor telah membuka klinik sendiri meliputi 66 cawangan.

Beliau berkata ia juga telah mewujudkan hampir 235 peluang pekerjaan.

“Melihat perkembang­an baik ini, program ini dikembangk­an kepada bidang farmasi dan pergigian dan kini U.n.i Farmasi mempunyai 15 cawangan manakala U.n.i Dental mempunyai 16 cawangan dan telah mewujudkan 109 peluang pekerjaan,” katanya. — Bernama

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia