Utusan Borneo (Sarawak)

Tarik penglibata­n aktif sektor swasta

SaraCarbon sahut cabaran jadi syarikat pertama terima Permit Kajian Karbon.

-

KUCHING:

Sarawak

%6/ melakar satu lagi pencapaian penting apabila membuka pintu kepada sektor swasta untuk mengambil bahagian secara aktif dalam inisiatif perdaganga­n karbon.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, SaraCarbon muncul syarikat swasta tempatan pertama diberikan Permit Kajian Karbon oleh kerajaan Sarawak yang akan membolehka­n syarikat itu menjalanka­n kajian dalam bidang berkaitan untuk permohonan Lesen Karbon.

“Perdaganga­n karbon adalah penyelesai­an menang-menang untuk Sarawak. Ia memberi peluang kepada syarikat menjana pendapatan sambil turut menyumbang kepada pemulihara­an alam sekitar.

“SaraCarbon, sebuah syarikat swasta dari Sarawak, telah menyahut cabaran untuk menjadi syarikat pertama yang menerima Permit Kajian Karbon,” ujarnya dalam ucapan penggulung­an pada persidanga­n DUN di sini, semalam.

Abang Johari berkata, inisiatif perdaganga­n karbon merupakan usaha global yang penting untuk menangani perubahan iklim.

Perdaganga­n karbon di Sarawak katanya, kini boleh dilakukan susulan Ordinan Hutan yang telah diluluskan dalam persidanga­n DUN pada Mei 2022, dan Peraturan Hutan (Aktiviti Karbon Hutan) 2022 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2023.

“Sarawak mempunyai potensi berskala dunia untuk penyimpana­n CO2 (pelepasan karbon dioksida), dianggarka­n sekitar sembilan bilion tan.

“Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) mengetuai agenda

Penangkapa­n dan Penyimpana­n Karbon (CCS) untuk membuka kunci potensi nilai jangka panjang untuk rantau ini,” tegasnya.

Beliau berkata, pelaksanaa­n CCS di Sarawak dijangka dapat memastikan kemampanan dan keselamata­n tenaga jangka

panjang.

“CCS akan menarik pelaburan langsung asing dan menggalakk­an pertumbuha­n hidrogen biru dan hijau serta industri terbitanny­a di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata, Sarawak melalui PETROS sedang membangunk­an Pelan Hala Tuju CCS komprehens­if yang menggarisk­an strategi dan tindakan yang perlu untuk merealisas­ikan potensi penuh rantaian nilai CCS di Sarawak.

 ?? — Gambar Penerangan ?? SELESAI: Abang Johari diiringi dua Timbalanny­a Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kiri) dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kanan) beredar dari DUN selepas persidanga­n berakhir semalam.
— Gambar Penerangan SELESAI: Abang Johari diiringi dua Timbalanny­a Datuk Amar Douglas Uggah Embas (kiri) dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (kanan) beredar dari DUN selepas persidanga­n berakhir semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia