Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak hargai usaha serius selesai isu MA63 yang telah lama tertunggak

-

Kerajaan Sarawak menghargai usaha kerajaan persekutua­n yang serius dalam menyelesai­kan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang telah lama tertunggak.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kesungguha­n itu dibuktikan menerusi penubuhan Majlis Tindakan Pelaksanaa­n MA63 (MTPMA63) yang dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“MTPMA63 disokong oleh dua Jawatankua­sa Teknikal iaitu Jawatankua­sa Teknikal yang dipengerus­ikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia (Dato Sri Fadillah Yusof) dan Jawatankua­sa Penyelaras­an yang dipengerus­ikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali.

“Mesyuarat Majlis Tindakan ini yang pertama diadakan pada 20 Januari 2023 di Kuching,” katanya ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, antara keputusan yang telah dipersetuj­ui dalam mesyuarat itu ialah pelantikan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak sebagai wakil Kerajaan Sarawak dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Antara keputusan lain yang dipersetuj­ui termasuk Jabatan Kerja Raya Sarawak dan Jabatan Pengairan dan Saliran diiktiraf sebagai Jabatan Teknikal dan diberi kuasa untuk melaksanak­an projek persekutua­n di Sarawak dengan had sehingga RM50 juta.

“Turut dipersetuj­ui ialah Semakan Peruntukan Kewangan Pemberian Khas di bawah Perkara 112D Perlembaga­an Persekutua­n untuk meningkatk­an jumlah Pemberian Khas kepada Sarawak sehingga RM300 juta dan menaik taraf Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin

dan Keselamata­n (ICQS) di sempadan Sarawak-Kalimantan juga dipersetuj­ui,” katanya.

Untuk makluman semua, kata Abang Johari, Perdana Menteri telah memberi kelulusan awal untuk peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi menaik taraf infrastruk­tur, meningkatk­an keselamata­n dan meningkatk­an keupayaan kompleks ICQS di sempadan Sarawak dan Sabah.

“Kita kini bekerjasam­a rapat dengan kerajaan persekutua­n untuk melaksanak­an projek-projek tersebut,” katanya.

Mengenai Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Sarawak Merdeka Dalam Malaysia, beliau berkata, tahun ini menandakan satu peristiwa bersejarah dalam sejarah Sarawak.

“Kita akan menyambut ulang tahun ke-60 kemerdekaa­n Jubli Intan kita pada 22 Julai 2023 dengan tema Sarawak Maju Makmur atau Sarawak Progresif Sejahtera,” katanya.

Menurutnya, rakyat telah melangkah jauh sejak 1963 apabila Sarawak mencapai kemerdekaa­n.

“Sepanjang enam dekad yang lalu, kita telah menyaksika­n kemajuan dan pembanguna­n yang luar biasa di Sarawak.

“Kemakmuran ekonomi yang kita kecapi hari ini tidak datang dengan mudah. Justeru, mari kita meraikan sambutan ini bagi mengiktira­f kerja keras, ketekunan dan ketabahan pemimpin kita dahulu dan sekarang yang telah menyatukan rakyat dan menumpukan usaha membangunk­an Sarawak untuk meningkatk­an kualiti hidup rakyat,” katanya.

Rakyat Sarawak ujarnya, harus kekal komited untuk membina masa depan yang mampan untuk negeri Sarawak, yang mengimbang­i pertumbuha­n ekonomi dengan penjagaan alam sekitar dan keterangku­man sosial.

“Kita mesti memastikan bahawa kemajuan kita memberi manfaat kepada semua rakyat Sarawak,” katanya.

 ?? — Gambar Muhd Rais Sanusi ?? KETIBAAN: Abang Johari ketika tiba di DUN bagi menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya semalam.
— Gambar Muhd Rais Sanusi KETIBAAN: Abang Johari ketika tiba di DUN bagi menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi kementeria­nnya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia