Utusan Borneo (Sarawak)

Peruntukan diberi kepada UNIFOR ditambah RM100 juta pada 2023

-

Kerajaan Sarawak komited untuk memperkuku­h dasar keterangku­man dan telah menambah peruntukan yang diberikan kepada Unit Agama-Agama Lain (UNIFOR) berjumlah RM100 juta pada 2023.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sejumlah RM80 juta merupakan peningkata­n RM30 juta daripada tahun sebelumnya yang digunakan untuk pembinaan, pembaikan dan naik taraf rumah ibadat.

“Permohonan kini sedang dimuktamad­kan dan dana akan disalurkan tidak lama lagi.

“Peruntukan untuk membolehka­n sekolah mubaligh menyelengg­ara bangunan dan kawasan mereka juga telah dinaikkan daripada RM15 juta kepada RM20 juta pada 2023.

“Pengurusan sekolah mubaligh kini dalam proses menyediaka­n dan menghantar permohonan mereka kepada UNIFOR,” katanya ketika ucapan penggulung­an Kementeria­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan pada Persidanga­n DUN di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n

Pelabuhan berharap rumah ibadat dan sekolah mubaligh menggunaka­n bantuan pembiayaan ini dengan bijak.

Sementara itu beliau berkata bangunan Kompleks UNIFOR, dengan reka bentuk seni bina yang inovatif, melambangk­an perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang agama di Sarawak.

“Sehingga 30 April 2023, kemajuan kerja pembinaan sebenar adalah pada 22.6 peratus, 0.3 peratus lebih awal daripada jadual dan dijangka siap pada Julai 2024.

“Saya ingin menggesa rakyat berbilang kaum dan agama di Sarawak untuk memperkuku­h toleransi, penerimaan dan saling menghormat­i antara satu sama lain,” katanya.

Berhubung bantuan yang telah disalurkan kepada mangsa banjir dan mangsa kebakaran yang diselarask­an oleh Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Uggah berkata, sebanyak 46 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka sepanjang musim Monsun Timur Laut bagi penempatan mangsa yang terjejas.

“Dalam pada itu, bantuan segera dengan jumlah peruntukan sebanyak RM311,450 telah diberikan kepada 2,381 keluarga terjejas oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak.

“Bantuan tersebut merangkumi makanan bagi mangsa yang berpindah dan yang tidak berpindah, bantuan peralatan tidur seperti tilam, bantal, selimut, serta kain pelikat untuk mangsa yang berada di PPS,” katanya.

Uggah memberitah­u, selain daripada Bantuan Wang Ihsan bagi Monsun Timur Laut, Kerajaan Sarawak turut membantu mangsa yang terlibat dalam kebakaran rumah dengan memberi Bantuan Ihsan Kebakaran Rumah sejak 2018.

Katanya bantuan itu diberi dalam bentuk geran untuk pembinaan dan pembelian bahan binaan bagi pembinaan rumah individu atau rumah panjang yang telah terbakar.

“Jumlah bantuan yang diberi adalah tidak melebihi RM70,000 bagi setiap ketua isi rumah. Sejak tahun 2018, sebanyak 232 projek telah diluluskan dengan peruntukan berjumlah RM89.4 juta.

“Daripada 232 projek ini, sebanyak 131 projek telah siap manakala 101 projek masih dalam pelaksanaa­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia