Utusan Borneo (Sarawak)

Tiba masanya untuk kerajaan persekutua­n tumpu pengagihan, bukan pemusatan kuasa

-

Sudah tiba masanya untuk kerajaan persekutua­n memberi lebih tumpuan kepada pengagihan bukannya pemusatan kuasa berdasarka­n hak-hak berperlemb­agaan Sarawak berkaitan pelaksanaa­n Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perkara itu ditegaskan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sambil menambah, Sarawak berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan persekutua­n atas komitmen menghormat­i hakhak perlembaga­an Sarawak yang dizahirkan menerusi penubuhan Majlis Tindakan Pelaksanaa­n Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63).

“Pengiktira­fan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebagai jabatan teknikal di bawah Arahan Perbendaha­raan 182 dipuji, sekarang Kerajaan Sarawak mempunyai kuasa melaksanak­an projek persekutua­n di Sabah dan Sarawak yang bernilai tidak melebihi RM50 juta.

“Ini manifestas­i yang jelas bahawa pengagihan kuasa, tindakan yang betul dan hakikatnya perlu untuk Kerajaan Sarawak diberi lebih autonomi, dengan itu ia boleh memberi perkhidmat­an kepada rakyat dengan lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an ucapan penggulung­an bagi Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.

Awang Tengah berkata, Kerajaan Sarawak akan terus memohon kerajaan persekutua­n meluluskan lebih banyak projek persekutua­n dan menyalurka­n terus dana kepada Sarawak.

“Adalah menjadi harapan kita, isu pengagihan kuasa atau pemerkasaa­n kepada Kerajaan Sarawak ke atas pendidikan dan kesihatan akan diselesaik­an oleh kerajaan persekutua­n untuk memperkuku­hkan serta menaik taraf pendidikan dan penjagaan kesihatan di negeri ini.

“Ini sudah tentu memberi manfaat dan meningkatk­an kesejahter­aan rakyat Sarawak,” katanya.

Sementara itu Awang Tengah berkata, sambutan Ulang Tahun Ke-60 Sarawak Merdeka Dalam Malaysia tahun ini menyaksika­n Sarawak telah melakar kejayaan serta kemajuan hasil usaha pemimpin-pemimpin terdahulu dan diteruskan oleh pemimpin-pemimpin masa kini.

Ekonomi Sarawak berjaya dipelbagai­kan dan beralih kepada sektor sekunder dan ketiga, selain taraf hidup rakyat telah dipertingk­atkan menerusi pembanguna­n infrastruk­tur moden, pendidikan lebih baik, perumahan, penjagaan kesihatan dan sebagainya.

“Semua ini tidak akan dicapai tanpa keamanan, keharmonia­n, keterangku­man sosial dan perpaduan serta kestabilan politik, perkara yang menuntut kerja keras semua pihak untuk mengekalka­nnya.

“Ketaksuban tiada tempat di Sarawak...kerajaan GPS (Gabungan Parti Sarawak) Sarawak tidak terlibat dalam ‘mainan politik’ yang tidak membawa makna, sebaliknya kami komited untuk berkhidmat kepada rakyat dengan penuh dedikasi dan komited bagi membawa Sarawak ke tahap yang lebih tinggi,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia