Utusan Borneo (Sarawak)

Kemalangan meningkat meskipun pelbagai kempen diadakan

- Dari Muka 1

Majlis tersebut yang diadakan di pekarangan pusat beli-belah Farley turut dihadiri Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Sarawak Norizan Jili dan Pengurus Farley Eiyen Lau.

Justeru, Mancha berharap Ops Selamat kali ini akan dapat memberi kesedaran betapa pentingnya menjaga keselamata­n diri dan keluarga serta kenderaan semasa berada di jalan raya.

“Berdasarka­n statistik, sebab utama berlaku kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu atau pengguna jalan raya itu sendiri yang cuai ketika berada di atas jalan raya.

“Justeru, saya ingin mengajak semua pihak untuk sama menginsafi dan sedar betapa besarnya kesan dan impak disebabkan kemalangan jalan raya ini,” katanya.

Ops Selamat sempena Hari Gawai Dayak akan diadakan selama lapan hari bermula 29 Mei hingga 5 Jun.

“Pada Gawai Dayak 2022, sebanyak 423 kes kemalangan dilaporkan berbanding 202 kes pada tahun sebelumnya dan jumlah kematian juga meningkat kepada 18 kematian berbanding tujuh kematian pada tahun 2021.

“Sehubungan itu, anggota polis yang bertugas akan ditempatka­n di lokasi-lokasi yang telah dikena lpasti, terutamany­a di kawasan ‘hotspot’ (kerap berlaku kemalangan) dan yang dijangka akan berlaku kesesakan,” katanya.

Sementara itu katanya, aspek keselamata­n premis dan rumah kediaman juga menjadi fokus utama semasa Ops Selamat.

“Pihak polis akan melipatgan­dakan rondaan pencegahan jenayah di kawasan perumahan dengan menggunaka­n pelbagai elemen seperti anggota balai, kereta peronda dan Unit Rondaan Bermotosik­al, AMANITA serta semua jabatan dalam PDRM,” katanya.

Oleh yang demikian, Mancha menyeru semua pihak yang akan pulang bercuti ke kampung halaman agar memastikan keselamata­n rumah masing-masing.

“Maklumkan juga kepada balai polis berdekatan melalui borang balik kampung yang boleh dimuat turun daripada portal rasmi PDRM dan maklumkan melalui aplikasi Volunteer Smart Phone (VSP),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia